Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan menegaskan bahawa mereka serius dalam melaksanakan tugas dan tidak membuang masa apabila mengadakan mesyuarat pertama sejurus pengumuman penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur susulan kemenangan yang tidak dijangka oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang berlanjutan sehingga lewat malam, turut dihadiri oleh tiga anggota lain majlis itu iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.
Tokoh perniagaan Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.
Bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat tersebut, Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak.
"Ini antara perkara utama. Kami membuat cadangan kepada kerajaan, dan mereka akan membuat keputusan," katanya.
Daim berkata majlis itu akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementerian yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, MARA dan Felda.
"Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukakan laporan kepada kerajaan," kata Daim.
BACA: Penubuhan Majlis Penasihat negara: 'Macam Avengers versi Malaysia' - Netizen
BACA: Zeti, Robert Kuok dan Hassan Merican, kenali tokoh Majlis Penasihat
BACA: Pasukan Majlis Penasihat Kerajaan beri jaminan tangani masalah ekonomi
Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan.
"Satu lagi contoh ialah kos keselamatan bagi sekolah. Ia lebih berharga daripada aset yang mereka awasi," katanya.
Sementara itu, Daim berkata mesyuarat itu akan diadakan setiap hari selama 100 hari, dan malah pada hari tertentu, ia akan diadakan beberapa kali sehari.
"Saya mahu perkara ini diselesaikan dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu berehat," katanya sambil berseloroh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018
![Majlis Penasihat Kerajaan sedia laksana tugas Majlis Penasihat Kerajaan sedia laksana tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526163198_TBTUNDAIMMESYUARATT.jpg)
Daim (kiri) mempengerusikan mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan malam tadi. Turut hadir (dari kanan) Zeti, Hassan dan Jomo. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640025661_ProfShatar.jpg)
Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.
![Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639039258_DialogTigaPenjuru.jpg)
Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?
![Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629972900_BawahTimbunan.jpg)
Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.
![New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19 New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41593675855_JacindaArdern.jpg)
New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.
![Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan' Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577785602_TBZUKI.jpg)
Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.
![Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536112890_JANJIPH.jpg)
Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.
![PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71535595931_LimGuanEng.jpg)
PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.
![Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535495858_PRKBALAKONG.jpg)
Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
![Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534842895_MohdShafieApdal.jpg)
Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.
![Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81527388899_JamalYunos.jpg)
Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.