KUALA LUMPUR:Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menghantar surat tuntutan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) meminta ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya atas penamatan khidmat beliau sebagai Peguam Negara dua tahun lepas, yang didakwa sebagai tidak sah.
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
Peguam Mohamed Apandi, Datuk Baljit Singh mengesahkan perkara ini ketika dihubungi hari ini.
Dalam surat berkenaan, bekas Peguam Negara itu meminta AGC memberi maklum balas terhadap tuntutannya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian beliau akan mulakan proses undang-undang untuk penyelesaian yang sesuai termasuk ganti rugi teladan atau punitif serta kos.
Mohamed Apandi mendakwa pemecatannya didalangi dan diputuskan oleh Perdana Menteri ketika itu.
Katanya, beliau dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong selama tiga tahun hingga 26 Julai 2018 dan persetujuan itu diberikan berdasarkan nasihat Perdana Menteri pada ketika itu, dalam surat bertarikh 27 Julai 2015.
Mohamed Apandi berkata pelantikan itu hanya boleh ditamatkan berdasarkan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau mendakwa pada 6 April 2018, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memaklumkannya bahawa Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2018 telah memperkenankan pelantikan semula beliau yang berkuat kuasa pada 27 Julai 2018, yang diterimanya melalui sepucuk surat bertarikh 7 Mei 2018.
Namun, pada 5 Jun, pada tahun yang sama, beliau diberitahu oleh KSN bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penamatan pelantikannya sebagai Peguam Negara dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberikan sebarang dokumen yang membuktikan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau mendakwa pemecatan beliau didalangi dan diputuskan oleh Perdana Menteri ketika itu yang mengambil tindakan sendiri terhadap pemecatannya secara tidak sah.
Mohamed Apandi, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, mendakwa Perdana Menteri ketika itu telah menyalahgunakan kedudukannya dan melakukan salah laku sebagai pegawai awam.
Beliau turut mendakwa tindakan Perdana Menteri ketika itu dibuat dengan tujuan melanggar kontrak, antara Kerajaan Malaysia dan dirinya.
Mohamed Apandi dengan tegas menyatakan bahawa pemecatannya menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Akibatnya, beliau mendakwa beliau telah mengalami kerugian termasuk kehilangan pendapatan, elaun dan faedah lain mulai 27 Julai 2018 hingga 26 Julai 2021.
Pada Mei 2018, dilaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa Mohamed Apandi diberi cuti tanpa rekod selama 30 hari mulai 15 Mei 2018.
Anak kelahiran Kelantan itu dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas sebab kesihatan.
Pada Jun 2018, Tan Sri Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan Mohamed Apandi. Bagaimanapun Thomas meletak jawatan sebagai orang nombor satu di AGC itu pada 28 Feb lepas setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun dipilih mengisi jawatan Peguam Negara itu pada 6 Mac 2020.
Mohamed Apandi ketika ditanya mengapa beliau mengambil tindakan berkenaan selepas dua tahun, berkata sebelum ini beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukannya.
"Tetapi saya mengambil masa dua tahun untuk memikirkan segala kemungkinan isu dan naratif yang terbabit yang membawa kepada pemecatan saya.
"Saya hanya ingin menggunakan hak-hak perundangan saya terhadap penyalahgunaan kedudukan dan kuasa oleh bekas PM, Dr Mahathir, yang menyingkirkan saya sebagai AG (Peguam Negara) tanpa alasan kukuh setelah tempoh perkhidmatan saya sebagai AG dilanjutkan dan diberikan (perkenan Yang di-Pertuan Agong), ” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Had Masa 1953 (Akta Had Masa), tindakan dalam kontrak dan tort (salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil), tidak boleh diambil tindakan selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020

Mohamed Apandi mendakwa Perdana Menteri ketika itu telah menyalahgunakan kedudukannya dan melakukan salah laku sebagai pegawai awam. - Gambar fail

ICC tahan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu.

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.
AWANI Ringkas: Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Amirul Aiman
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.
"Keputusan ini tidak mudah" - PM Anwar
Perdana Menteri berkata beliau menentang "bailout" syarikat Sapura Energy yang melibatkan dana RM1.1 bilion.
"Menyelamatkan orang-orang hidupnya mewah dengan segala kemudahan. Kemudian, mengurus yang paling lembap menyebabkan kerugian besar ditampung oleh kerajaan". katanya
#AWANInews
"Menyelamatkan orang-orang hidupnya mewah dengan segala kemudahan. Kemudian, mengurus yang paling lembap menyebabkan kerugian besar ditampung oleh kerajaan". katanya
#AWANInews

Kanak-kanak ‘diculik’ bersama kereta curi, suspek panik dan lari
Guru tadika cemas apabila kereta 'dilarikan' bersama anaknya yang berusia enam tahun masih tidur dalam kenderaan.

TLDM selamatkan kapal layar Meridian of Sydney di perairan Pulau Perak
Kapal itu dipercayai hanyut selama empat hari dengan seorang individu, warga Australia Kepten Kelvin Holly, berada di atasnya.
Polis Johor rampas beras seludup bernilai hampir RM20,000
Dalam operasi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Masai, Polis Johor berjaya merampas beras seludup dari India bernilai kira-kira RM19,975. Operasi ini melibatkan Cawangan Khas IPK Johor dan pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.

Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.

Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.

Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.

"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.

Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.

PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.

"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.

Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.

Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.