Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.
Bernama
Tue Feb 28 2023
Mohamad Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah MCMC serta Pengerusi Interim MCMC dari Jun 2022 hingga Januari 2023. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa esok (1 Mac).
Pelantikan Mohamad Salim itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
"Saya percaya pelantikan beliau akan membantu ke arah usaha mengatasi isu-isu prasarana komunikasi termasuk bagi tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih belum mempunyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah 'dekad digital keemasan," kata Fahmi.
Mohamad Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah MCMC serta Pengerusi Interim MCMC dari Jun 2022 hingga Januari 2023.