KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) yakin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mampu mencapai sasaran kutipan sebanyak RM1 billion sehingga RM2 billion bagi Program VA yang bermula awal tahun ini hingga 30 Sept, 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata JKDM telah diberi mandat bagi melaksanakan Program VA (Program Pengakuan Sukarela dan Pengampunan Cukai Tidak Langsung) yang juga antara usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan cukai sewajarnya.
"JKDM telah memainkan peranan sebagai salah satu agensi penting yang menggerakkan dasar dan inisiatif kerajaan. Sebagai contoh, jabatan itu telah memberi sumbangan besar dalam merealisasikan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
"Ini termasuk pemberian peringanan penalti, pengecualian cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai pelancongan dan duti eksport," katanya ketika berucap pada majlis Hari Kastam Sedunia kali ke-40 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, Tengku Zafrul turut menyuarakan keyakinannya terhadap keupayaan JKDM untuk meningkatkan lagi kutipan dan duti import lain jika dilihat dari sudut pungutan hasil.
"Saya faham ada cabaran dari segi pemindahan penghantaran atau 'transshipment' yang tidak dikenakan bayaran serta pengecualian duti import susulan perjanjian perdagangan bebas (FTA).
"Namun, saya yakin JKDM mampu mencapai sasaran lebih baik terutama apabila negara terus mencatatkan jumlah perdangangan yang telah melonjak melebihi RM2 trilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2021," katanya.
Menurutnya, dari keseluruhan nilai tersebut, sebanyak RM1.1 trilion adalah eksport manakala import berjumlah RM894 bilion dan angka tersebut dijangka meningkat berikutan pemulihan keadaan ekonomi dunia dan negara pada tahun ini.
Tengku Zafrul juga optimis bahawa sasaran lebih tinggi mampu dicapai dengan memanfaatkan penggunaan aset-aset fizikal tambahan JKDM seperti mesin pengimbas lebih moden selain penggunaan bot ronda laju.
Dalam pada itu, beliau berkata MOF dan agensi-agensinya perlu mengutamakan aspek budaya dan pemikiran lebih inovatif bagi melahirkan modal insan yang mampu beroperasi secara strategik dan sistematik.
Transformasi modal insan itu perlu dilaksanakan bersama inisiatif penggunaan teknologi yang diperluaskan dalam memastikan pengawalseliaan yang lebih baik dan menyumbang kepada pencapaian lebih banyak kejayaan oleh agensi-agensi penting kementerian itu seperti JKDM, katanya.
"Di samping itu, jentera pentadbiran JKDM yang digerakkan juga telah berjaya memungut hasil melebihi unjuran bagi tahun 2021. Tidak dinafikan, usaha dan kejayaan ini mencerminkan peranan signifikan jabatan itu selaku agensi pemungut cukai tidak langsung, sekali gus menjadi antara penyumbang hasil terbesar buat negara," katanya yang berharap momentum tersebut dapat terus dipertingkat pada tahun ini.
Selain itu, Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa usaha-usaha kerajaan merupakan manifestasi keprihatinan dan usaha murni bagi membantu golongan dan sektor yang terjejas dengan merangka pertumbuhan ekonomi yang berpaksikan rakyat.
"Kerajaan telah melaksanakan sebanyak lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion serta Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion dan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga MOF di atas pengiktirafan Adam Smith Awards ASIA 2021 yang menyaksikan kementerian itu dinobatkan sebagai Penyelesaian Pendanaan Terbaik (Best Funding Solution) pada 28 April 2021 selain disenaraikan antara lima kementerian yang paling cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Tengku Zafrul turut menyuarakan keyakinannya terhadap keupayaan JKDM untuk meningkatkan lagi kutipan dan duti import lain jika dilihat dari sudut pungutan hasil. - Gambar/ Bernama
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.
PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.
Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September
RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)
Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia
Steven Sim berkata AMCHAM menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.
Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.