KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa yang baharu, bagi melahirkan lebih ramai bakat profesional dalam bidang halal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya yakin dengan pembaharuan modul tersebut, negara akan dapat mengeksport lebih ramai ke luar negara untuk membantu menambah baik industri halal di peringkat antarabangsa.
"Ini merupakan satu pengiktirafan kepada negara, kerana modul yang dibangunkan itu sudah tentu akan memberikan kebaikan kepada bakat baharu dalam negara mahupun di luar negara," katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali ke-13, di sini pada malam Ahad.
Konvensyen Badan Pensijilan Halal yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, mengumpulkan peserta daripada 84 buah negara, dengan pihak Jakim memberikan sijil akuan halal kepada 47 negara terlibat.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya berharap, pembangunan modul itu dapat mengembangkan pensijilan halal di luar negara.
"Modul yang sedia ada hanya membuat kerjasama dengan syarikat Original Equipment Manufacturer (OEM) tempatan yang mempunyai kilang di luar negara.
"Kita (Jakim) melihat ada keperluan untuk Modul Eksekutif Halal Antarabangsa ini ditambah baik, supaya kita dapat memastikan standard dan keperluan halal di Malaysia dapat dipatuhi dan diguna pakai syarikat di luar negara, pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
![Modul Eksekutif Halal Antarabangsa baharu, lahir lebih ramai bakat profesional - Jakim Modul Eksekutif Halal Antarabangsa baharu, lahir lebih ramai bakat profesional - Jakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693562546_TBnaim.jpg)
Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya yakin dengan pembaharuan modul tersebut, negara akan dapat mengeksport lebih ramai ke luar negara untuk membantu menambah baik industri halal di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
![Pelan Tindakan Agensi Agama perkasa komuniti OKU Muslim - Mohd Na'im Pelan Tindakan Agensi Agama perkasa komuniti OKU Muslim - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720621248_NaimMokhtar.jpg)
Pelan Tindakan Agensi Agama perkasa komuniti OKU Muslim - Mohd Na'im
Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024-2028 sebagai panduan dan rujukan kepada agensi yang terlibat dalam usaha memperkasakan komuniti OKU beragama Islam.
![JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720335417_NaimMokhtar.jpg)
JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im
Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting supaya ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya.
![Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
![JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719671452_TBSirajuddinSuhaime.jpg)
JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.
![Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716707654_ZulkifliHasan.jpg)
Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada JAKIM dan Jabatan Mufti.
![JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715240075_tbFadillahYusof.jpg)
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran.
![Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716006332_tbAnwarIbrahim.jpg)
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
![Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
![Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715089051_FahmiFadzil.jpg)
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.