KOTA BHARU: Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata ini kerana perkara itu berhubung kait dengan aspek hukum selain bagi meredakan perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
"Sekiranya masyarakat merujuk pihak agensi agama sebelum membuat apa-apa tindakan yang membabitkan sensitiviti agama, pihak jabatan akan terus memberi nasihat dan panduan kepada mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
"Pencipta kandungan diingatkan agar menjaga keharmonian agama untuk memastikan bahan kandungan yang dimuat naik di media sosial adalah berdasarkan nas yang sahih dan amalan yang dibenarkan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.
Semalam, tular video berdurasi 37 saat memaparkan tindakan dua wanita melangkah kubur sehingga mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris si mati.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
![Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716707654_ZulkifliHasan.jpg)
Zulkifli ditemui pemberita selepas Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Dewan Misai Kucing di RTC FAMA hari ini. - Foto Bernama
![PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720021478_SungaiBakap.jpg)
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
![Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711517619_TBSHAMSUL.jpg)
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
![Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris
Thailand menetapkan sasaran untuk memenangi enam pingat emas dan tiga perak dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
![Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720020193_AnwarIbrahim.jpg)
Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara.
![Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720015820_TBFaisalHalim.jpg)
Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri
Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
![Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720019199_DutaBesarSweeden.jpg)
Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan
Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.
![Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad
Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026 Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673607663_ShahrirSamadTommy.jpg)
Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau.
![Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718839079_RONminyak.jpg)
Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai
Perancangan untuk penyasaran semula subsidi petrol wajar dijalankan secara berperingkat supaya ia tidak mencetuskan kejutan seperti yang berlaku pada diesel.
AWANI Ringkas: Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716707654_ZulkifliHasan.jpg)
Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada JAKIM dan Jabatan Mufti.