KUANTAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memainkan peranan lebih agresif untuk menerapkan nilai-nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat kerana ia merupakan jalan yang terbaik bagi membangunkan Malaysia MADANI, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
Beliau berkata al-Quran mengandungi 1,001 nilai yang boleh dipelajari dan dihayati umat Islam menerusi pelbagai kisah teladan di dalamnya seperti kisah Nabi Yusuf AS yang menerangkan mengenai kemampanan dasar, kisah Ashabul Kahfi yang menjelaskan nilai ketaatan serta kisah Nabi Daud AS yang menunjukkan parameter keadilan.
"Saya sering tekankan tentang peri pentingnya pengukuhan nilai, tanpa membezakan kedudukan, pangkat, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sesiapa pun perlu mempunyai nilai sahsiah yang tinggi dalam diri. Malah, nilai yang paling agung ialah nilai yang diajar dalam al-Quran.
"Majlis seumpama ini (Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran), bukan sekadar majlis mengalunkan bacaan dan menghafaz al-Quran. Tetapi, lebih jauh daripada itu, kerajaan mahu meningkatkan penghayataan dan membudayakan kandungan al-Quran baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan organisasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Fadillah berkata al-Quran juga menjadi sumber rujukan kepada asas perpaduan dan penyatuan ummah menerusi surah-surah yang terkandung di dalamnya seperti surah Al-Hujurat mengingatkan umat Islam supaya bersatu dan menjauhi perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
"Di kala kita berbeza pandangan, sedarlah bahawa Allah SWT mengingatkan kita untuk kembali kepada-Nya dan Rasul-Nya sepertimana yang termaktub dalam surah An-Nisa ayat 59.
"Untuk apa kita perlu kembali merujuk kepada al-Quran dan hadis? Supaya kita semua bersatu merujuk kepada sumber yang sama apabila masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza. Ini ialah petua perpaduan yang Allah titipkan kepada kita dalam kitab suci-Nya" kata Fadillah sambil menambah negara juga perlu belajar daripada sejarah negara lain seperti India dan Black Canadian mengenai perpaduan.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perpaduan ialah kekuatan, menerusi perpaduan juga akan memastikan mobilisasi sosial yang kukuh dan stabil serta memberikan dampak positif terhadap kemajuan negara termasuklah pengukuhan ekonomi dan pembangunan mampan.
"Kita melihat sendiri bagaimana konflik di Palestin yang berlaku sejak empat dekad yang lepas. Generasi silih berganti, tetapi seolah-olah tidak ada jalan perdamaian sepanjang puluhan tahun itu. Mereka menjadi mangsa sifat iri dan diskriminasi yang diwarisi zaman-berzaman sehingga mencetuskan kezaliman amat dahsyat.
"Dalam hal ini, saya tekankan bahawa kerajaan MADANI menentang sebarang penindasan, penghapusan kaum dan pembersihan etnik. Semua insan layak untuk hidup di muka bumi ini dan mendapat hak kebajikan sama rata. Nilai karamatul insan tidak boleh sama sekali dikesampingkan," katanya.
MTHQK 2024, program anjuran JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang berlangsung selama enam hari bermula hari ini dan menampilkan 110 peserta dari seluruh negara.
MTHQK tahun ini dengan tema "Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati" merupakan kali ketiga Pahang menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada 2011 dan kedua pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715240075_tbFadillahYusof.jpg)
Fadillah berkata al-Quran juga menjadi sumber rujukan kepada asas perpaduan dan penyatuan ummah menerusi surah-surah yang terkandung di dalamnya. - Gambar fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
![JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719671452_TBSirajuddinSuhaime.jpg)
JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.
![Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716707654_ZulkifliHasan.jpg)
Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada JAKIM dan Jabatan Mufti.
![JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715240075_tbFadillahYusof.jpg)
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran.
![Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716006332_tbAnwarIbrahim.jpg)
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
![Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
![Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715089051_FahmiFadzil.jpg)
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
![Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715047800_JAKIMjpg.jpg)
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
![Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713849159_MohdNaimMokhtar.jpg)
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.
![Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714481036_MohdNaimMokhtar.jpg)
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).