PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Agensi Agama bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim 2024-2028 sebagai panduan dan rujukan kepada agensi yang terlibat dalam usaha memperkasakan komuniti OKU beragama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pelan yang kali pertama dibangunkan itu sejajar dengan Dasar OKU Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta semangat Matlamat Pembangunan Mampan yang memastikan setiap orang tidak akan terpinggir dalam mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.
"Kita mengharapkan dengan pelan tindakan ini, semua aktiviti dan program yang dibangunkan berdasarkan lima teras berkaitan kesejahteraan insan akan dapat dilaksanakan dengan baik, demi memastikan kita dapat mengangkat karamah insaniah (kemahiran yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kemahiran interpersonal)," katanya kepada media selepas melancarkan pelan itu di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata pelan itu mula dibangunkan sejak 2020 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ia juga mendukung Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Kebangsaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kerajaan katanya, hendak memastikan golongan OKU diberikan keistimewaan dan layanan antaranya dari sudut atau hak mereka untuk beribadah seperti penyediaan kemudahan di masjid bagi menggalakkan lebih ramai OKU ke rumah ibadat itu.
"Dari segi kemudahan di mahkamah pula, kita mahu berikan kemudahan supaya golongan OKU ini mendapat keadilan ketika memfailkan tuntutan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.
Mohd Na'im berkata diharapkan majlis dan jabatan agama Islam di setiap negeri dapat menggunakan pelan tindakan berkenaan agar lebih ramai OKU mendapat manfaat daripada pelan lima tahun itu.
Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024-2028 menggariskan lima teras, 12 strategi dan 39 program dan antara terasnya ialah memperkukuh dakwah OKU bagi kesejahteraan ummah, mengukuhkan institusi kekeluargaan Islam OKU ke arah pembentukan generasi harmoni dan meningkatkan sistem OKU ke arah pembentukan masyarakat prihatin.
Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, beliau berkata segala perbincangan atau perdebatan mengenai rang undang-undang itu perlu berdasarkan fakta dan ilmu pengetahuan.
"Ada pihak yang menyokong dan ada juga membantah. Saya berharap sangat agar perbincangan yang diadakan itu mesti didasarkan kepada fakta bukan emosi," katanya.
Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 2 Julai lepas, antaranya untuk memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Mohd Na'im berkata diharapkan majlis dan jabatan agama Islam di setiap negeri dapat menggunakan pelan tindakan berkenaan agar lebih ramai OKU mendapat manfaat daripada pelan lima tahun itu. - Gambar Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masalah akhlak tertinggi
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia raih peluang di pasaran global - HDC
Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.
Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi - Mohd Na'im
Jumlah kutipan fi persijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun, sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi.
Lapan ajaran sesat dipantau, 12 dalam risikan - Zulkifli Hasan
Jakim akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISB.