KUALA LUMPUR: Model terkemuka Sharminidevi Parameispran yang menjadi tumpuan utama di Ahmedabad Times Fashion Week 2023 di Gujarat, India, berkata acara itu menjadi platform untuk mempromosi pelancongan fesyen Malaysia.
Sharminidevi yang lebih dikenali sebagai Sharwita, berkata acara tiga hari itu yang bermula pada 27 Sept, melangkaui hubungan fesyen tempatan dan merupakan ruang untuk menjalin hubungan dengan negara Asia.
"Melalui kerjasama dan inisiatif yang dipacu pelancongan, kami boleh memupuk pertukaran silang budaya yang dinamik, memberi manfaat kepada pereka, pelancong dan komuniti tempatan, sambil memajukan pelancongan fesyen Malaysia di persada dunia," katanya kepada Bernama melalui WhatsApp.
Sharwita yang percaya potensi fesyen dapat memacu pelancongan, berkata beliau telah memanjangkan jemputan kepada pereka dan model di Ahmedabad untuk usaha niaga masa depan di Malaysia.
Beliau berkata pereka terkenal India Seema Patel telah menyatakan minat untuk menganjur pertunjukan fesyen di Malaysia, bekerjasama dengan bakat tempatan di bawah "Le Fashion Secret" yang dimilikinya (Sharwita).
"Ini akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk peminat pelancongan fesyen di seluruh dunia," menurut anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Sepanjang kerjayanya selama 15 tahun dalam industri fesyen, Sharwita turut bekerjsama dengan Sim's Designer Studio, sebuah label yang diasaskan oleh pereka fesyen dan penggaya selebriti terkenal India, Seema Kalavadia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Sharminidevi berkata acara tiga hari itu yang bermula pada 27 Sept, melangkaui hubungan fesyen tempatan dan merupakan ruang untuk menjalin hubungan dengan negara Asia. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.

Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.

MWC 2024: Fahmi lawat Pavilion Huawei, tinjau kemajuan teknologi terkini
Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa selama sejam melawat Pavilion Huawei, sebuah daripada pavilion terbesar di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2024 yang berlangsung di Fira Gran Via di sini.

Persatuan sukan digesa cungkil bakat baharu, jangan hanya harap pemain naturalisasi
Persatuan sukan kebangsaan digesa supaya mencungkil bakat tempatan baharu dan tidak hanya bergantung kepada khidmat pemain naturalisasi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM160 juta untuk penggiat seni
Kerajaan menyediakan RM160 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam usaha menyokong bakat-bakat kreatif tempatan.

Model Malaysia Sharwita sertai Times Fashion Week 2023
Model terkemuka Sharminidevi Parameispran berkata acara Ahmedabad Times Fashion Week 2023 menjadi platform untuk mempromosi pelancongan fesyen Malaysia.

Sofyank rancang tubuh syarikat produksi akhir tahun ini
Pereka kandungan digital tanah air, Sofyank merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.

PRN Sarawak: Penubuhan KESA bahagian Kapit bantu cungkil bakat belia dalam e-sukan
Usaha membolehkan belia di bahagian itu membina strategi bagi memperoleh pendapatan melalui bidang tersebut.

Industri kreatif digital tarik pelaburan RM1.06 bilion dari luar negara
Shakib Ahmad Shakir berkata Malaysia mempunyai bakat untuk memenuhi pasaran industri animasi dan kesan khas yang dianggarkan bernilai RM40.74 bilion.

Memadaikah guna dron pantau pencemaran sungai?
Adakah penggunaan dron sahaja cukup memadai untuk mencegah pencemaran air daripada berulang lagi?