Antara punca petani di Cameron Highlands tidak berupaya mengembangkan pertanian mereka disebabkan tempoh pembaharuan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang terlalu singkat.
Disebabkan masalah ini sudah berlanjutan berdekad lama, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggesa kerajaan negeri Pahang memberi lanjutan masa 30 tahun kepada penerima TOL.
Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata industri pertanian di Cameron Highlands akan terus terkesan sekiranya isu lesen ini tidak diselesaikan.
"Di Cameron Highlands, ada dalam 80 peratus petani menghadapi masalah ini. Benda (masalah) ini sudah lama, sudah 60 tahun tapi masih tidak diselesaikan.
"Kita (MOA) mempunyai wawasan dan halatuju jelas untuk Cameron Highlands. Sebab itu, kita mahu kerajaan negeri mempunyai azam dan tekad baru untuk memberi satu halatuju baru dalam mencari penyelesaian terhadap masalah ini,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pakatan Harapan di sini, pada Ahad.
Tambahnya, langkah sedemikian perlu bagi membolehkan usaha kerajaan membangunkan aktiviti pertanian khususnya di Cameron Highlands, dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ketika ini, katanya, ramai petani berdepan kesukaran mengembangkang pertanian mereka, sekali gus menjejaskan peluang pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.
Disebabkan hal ehwal tanah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, maka adalah wajar sekiranya mereka mengambil perhatian berhubung permasalahan ini.
"Kita sudah bawa isu ini lama tetapi tidak ada maklum balas daripada kerajaan negeri. Jika masalah pengurusan dan pentadbiran TOL tidak diselesaikan, petani juga tidak dapat merancang untuk membangunkan aktiviti pertanian untuk tempoh yang panjang.
"Kelewatan urusan memperbaharui TOL menyebabkan petani sukar untuk membuat pinjaman bank, memohon mengambil pekerja asing, apatah lagi terbabit dalam program inovasi baharu berkapasiti tinggi untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian mereka.
"Kalau tempoh (TOL) pendek, mereka juga tidak akan bawa teknologi baharu, tarik pelabur tempatan. Sebab itu pembangunan pertanian di Cameron Highlands, kedudukannya masih kekal sama sejak berpuluh tahun dan tidak boleh maju," katanya.
Menurut Sim, ketika ini petani yang pertama kali memohon TOL akan diberi tempoh selama tiga tahun untuk bercucuk tanam, tetapi selepas itu, mereka perlu memperbaharui lesen itu setiap tahun.
"Sekarang ini masalahnya, contoh bulan Januari dia mahu perbaharui, tidak ada jaminan ia diluluskan atau tidak. Ada kes sampai lima tahun tak boleh buat (perbaharui TOL).
"Ada kes yang tidak dapat diperbaharui, tiba-tiba dia (petani) dapat surat kena bayar cukai tanah. Jadi petani di sini susah untuk merancang," katanya lagi.
Arfa Yunus
Sun Jan 13 2019

Sim Tze Tzin berkata industri pertanian di Cameron Highlands akan terus terkesan sekiranya isu lesen ini tidak diselesaikan.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.

Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.

Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.

Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.