PUTRAJAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijangka membuat satu atau dua pengumuman penting beberapa hari lagi sebagai susulan terhadap Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 yang diluluskan pada April lepas.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kelulusan itu penting bagi industri kerana ia melindungi serta meningkatkan keselamatan siber negara menerusi aspek seperti pematuhan, piawaian dan proses tertentu dalam menguruskan ancaman keselamatan siber.
"Saya akui kita baru memulakan usaha pembangunan infrastruktur (kecerdasan buatan - AI) dan memerlukan masa untuk bersaing dengan Singapura.
"Namun, usaha ini telah memberi hasil yang positif, misalnya membabitkan keputusan Microsoft yang mana perkara ini merupakan salah satu kebimbangan sebelum Microsoft mengumumkan pelaburan (berjumlah AS$2.2 bilion dalam transformasi AI dan awan)," katanya pada sesi taklimat media mengenai Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) di sini, pada Rabu.
Tengku Zafrul berkata demikian sebagai mengulas laporan East Asia Forum bahawa sebahagian besar (kira-kira 75 peratus) pelaburan modal teroka AI bertumpu di Singapura (AS$8.4 bilion) yang mengatasi ekonomi besar ASEAN lain seperti Indonesia (AS$1.9 bilion), Malaysia (AS$371 juta), Thailand (AS$255 juta), Filipina (AS$126 juta) dan Vietnam (AS$95 juta).
Asia Tenggara juga diunjur meraih manfaat ekonomi besar susulan penggunaan AI yang dianggarkan memacu jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini mencecah AS$950 bilion atau 13 peratus menjelang 2030.
Bagi trajektori inovasi AI dan perkembangan berkaitan kawal selia, laporan itu berkata rangka kerja pengawalseliaan yang lebih komprehensif diperlukan bagi melengkapkan Panduan ASEAN mengenai Tadbir Urus dan Etika AI yang baru diperkenalkan.
Pada awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia harus bergerak pantas membina ekosistem mantap untuk memacu perkembangan dan penggunaan teknologi AI dalam era pasca normal pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Tengku Zafrul mengemukakan butiran lanjut mengenai Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) pada sidang media di Menara Perkeso pada Rabu. - Foto BERNAMA
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
Kerajaan sasar 20 peratus penjualan tahunan EV baharu menjelang 2030
Setakat September 2024, kadar jumlah jualan tahunan yang dicapai ialah 5.11 peratus.
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.