DENGKIL: Misteri bau busuk yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya di sini, sejak seminggu lalu akhirnya terjawab dengan penemuan tapak pembuangan bahan kimia haram.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tinjauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang mendapati lebih 100 tong besi berisi bahan kimia dibuang di lokasi berkenaan.
Justeru katanya, sebuah pasukan khas digerakkan JAS bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.
"Saya ingin tegaskan bahawa saya telah arahkan JAS untuk mencari sampai ke lubang cacing, siapa yang bertindak membuat pelupusan haram ini.
"Nasib baik, kebetulan kawasan ini tidak bersambung dengan Sungai Langat yang terdekat iaitu kira-kira 700 meter dari ini. Cuba bayangkan kalau air ini mengalir ke sungai dan memaksa loji air ditutup?," katanya pada sidang media selepas meninjau tapak pembuangan bahan kimia haram di sini, pada Selasa.
Tuan Ibrahim memberitahu, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat, namun JAS menahan sebuah jentera berat dan juga berjaya mengenal pasti beberapa indikator seperti label pada tong yang dibuang.
Menjelaskannya, beliau berkata, sebaik menerima aduan daripada penduduk sekitar, siasatan secara intensif dimulakan sejak 30 Jun sehingga 3 Julai lalu membabitkan semua punca yang berpotensi seperti kilang, tapak pelupusan sisa lengai, rizab sungai, premis barang lusuh, saluran paip gas, kawasan pertanian revolusi, bengkel dan aktiviti perternakan bagi mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Beliau memberitahu, pada 4 Julai lalu, JAS berjaya menjejaki lokasi sebenar punca pencemaran bau kimia yang dianggarkan seluas 13,000 meter persegi yang juga dikenali sebagai lombong Nam Tak.
"Semasa siasatan, pegawai penguat kuasa JAS menemui kawasan paya yang dipenuhi sisa kimia bercampur aduk dengan sampah domestik serta sisa-sisa ricihan plastik.
“Berdasarkan anggaran, terdapat kira-kira 100 tong besi berkapasiti 200 liter setiap satu yang mengandungi sisa kimia yang disyaki bahan buangan berjadual (BT) berbentuk cecair, separa cecair dan pepejal berwarna.
“Selain itu, terdapat sisa-sisa bekas intermediate bulk container (IBC) yang dipotong yang mana isi kandungannya dialirkan ke sebuah lubang besar yang telah digali oleh pihak yang melupuskan BT tersebut,” katanya lagi.
Tuan Ibrahim turut memaklumkan, JAS mengambil lima sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis komposisi kimia.
Umavathi Ramayah
Tue Jul 05 2022
![Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657012693_TBPENCEMARAN.jpg)
Penguat kuasa JAS menemui sebuah kawasan paya yang dipenuhi sisa kimia bercampur aduk dengan sampah domestik serta sisa-sisa ricihan plastik. - Gambar/ Astro AWANI
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720081710_NikNazmioperasi.jpg)
Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu
JAS Kedah berjaya membongkar operasi sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan dalam serbuan di sebuah premis di daerah Kuala Muda pada Rabu.
![Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714439670_kilangcatjpg.jpg)
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
![Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707652945_SungaiKetil.jpg)
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
![Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703228497_electronicwaste.jpg)
Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengutip sebanyak 24 tan buangan barangan elektrik dan elektronik (e-sisa) di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab.
![JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702897325_jabatanalamsekitar.jpg)
JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani
Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal.
![JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701354145_KetuaPengarahJabat.jpg)
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.
![Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697880705_WanAbdulLatiff.jpg)
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
![Premis kitar semula digempur JAS Premis kitar semula digempur JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697364786_TBkitarsemula.jpg)
Premis kitar semula digempur JAS
Sebuah premis kitar semula buangan terjadual dan skrap logam di daerah ini digempur selepas didapati tidak mematuhi keperluan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
![2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan 2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695630647_kapal.jpg)
2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
JAS Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1.
![Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691034261_SKSungaiTiram.jpg)
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.