KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr bagi berbincang mengenai peranan Mesir dalam menyokong usaha Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Palestin.
MAPIM dalam kenyataannya memaklumkan semasa pertemuan yang disertai Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Dr Sani Araby, Ragai turut menjelaskan tentang peranan penting Mesir untuk mencapai gencatan senjata sementara, sekali gus membuktikan komitmennya terhadap keamanan
Menurut kenyataan itu, kejayaan misi membawa keluar rakyat Malaysia Nurul Ain Haron dan suaminya Mohamed A. M. Shaat melalui Rafah tahun lepas menyerlahkan komitmen Mesir terhadap keselamatan dan kesejahteraan individu tanpa mengira kewarganegaraan semasa krisis.
"Sokongan ini dengan tegas menggariskan kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir pada masa yang diperlukan," katanya.
Menurut MAPIM, Ragai turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi serta bantuan kemanusiaan ke Palestin, selain menegaskan komitmen negara itu untuk menyokong usaha Malaysia memberikan bantuan kepada Gaza.
Kenyataan itu memaklumkan Mesir telah lama menjadi penyokong perjuangan Palestin dan komitmennya bermula sejak 1948, dengan negara tersebut mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai peperangan hingga mengorbankan lebih 106,000 nyawa di Mesir untuk melindungi hak dan menuntut semula wilayah Palestin.
Menurut kenyataan itu, selain memainkan peranan penting dalam rundingan dengan rejim Israel, Mesir juga menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
"MAPIM difahamkan bahawa Mesir secara konsisten telah memastikan pintu antara negara itu dan Gaza dibuka sejak 7 Okt. Malah, tindakan Israel memusnahkan bahagian persimpangan Gaza, mendorong jurutera Mesir membina semula jalan itu dan membolehkan laluan selamat bagi bantuan kemanusiaan dunia," menurut kenyataan itu.
Menurut MAPIM, Op Ihsan yang diuruskan Kementerian Luar mendapat sokongan proaktif daripada Ragai dan lebih 100 tan bantuan berjaya dihantar ke Gaza melalui usaha kolektif lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta 800 sukarelawan.
Sementara itu, dalam pertemuan tersebut Sani menyatakan harapan agar hubungan kukuh sedia ada antara Malaysia dan Mesir membolehkan kedua-dua negara bersama-sama memperjuangkan hak asasi manusia serta memastikan akses lancar ke Gaza untuk NGO.
Menurut kenyataan itu, MAPIM turut berharap Mesir memberikan sokongan yang lebih besar khususnya dalam membantu NGO untuk sampai ke Gaza dan melaksanakan projek pascaperang berskala besar seperti pembinaan Bandar Wakaf Malaysia-Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Menurut MAPIM, Ragai (dua, kiri) turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi serta bantuan kemanusiaan ke Palestin. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu
Ia sekali gus menjadikan program itu berada pada tahap yang baik dalam mencapai sasaran untuk menyantuni 100,000 individu.
Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini
Selepas 365 hari genosid berlangsung kejam dan biadab di Gaza, kutukan tidak akan menghalang atau menghentikan kezaliman Israel.
MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi
MAPIM menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.
MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.
Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran tidak akan mengurangkan semangat juang pejuang Hamas.
Jurutera projek MAPIM di Gaza maut susulan serangan udara Israel
Menurut Sani Araby, Allahyarham yang juga pegawai lapangan penting MAPIM terkorban syahid di Gaza.
Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
MAPIM gesa badan antarabangsa hantar kapal dengan muatan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mohd Azmi berkata, gerakan dengan kapal flotila melalui Laut Mediterranean dilihat sebagai satu sahaja laluan untuk ke Gaza.
MAPIM jalin kerjasama dengan NGO luar negara bantu Palestin
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dari 50 negara menerusi Pelan Bangun Semula Gaza Pascaperang.