KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menetapkan atau mengawal harga minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).
Menurut Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerajaan hanya menetapkan harga bagi minyak masak bersubsidi iaitu RM2.50 satu kg.
"Pada masa ini harga di pasaran dunia sudah mencecah RM4,300 metrik tan berbanding sebelum ini sekitar RM2,500 metrik tan sahaja, bersamaan lebih kurang RM4.30 per kg sebelum diproses dan dibotolkan.
"Ini bermakna, kos minyak sawit mentah sebelum dibotolkan sudah melebihi RM21 untuk 5kg dan ini tidak termasuk kos-kos lain seperti pembotolan, pengangkutan, pengangkutan dan keuntungan peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.
"Sebenarnya, kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg sama dengan minyak sawit dalam botol," katanya menerusi akaun Twitter hari ini.
Nanta berkata, harga minyak sawit mentah ditentukan oleh pasaran dunia dan mengalami turun naik.
KPDNHEP berkata, sejak dahulu lagi kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk minyak masak bersubsidi.
"Untuk tahun ini sahaja, sekitar 60,000 tan metrik diperuntukkan setiap bulan untuk kegunaan rakyat Malaysia.
"Jumlah itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan," katanya.
Tambahnya, pengguna di Malaysia mempunyai pelbagai pilihan dan terpulang kepada citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak.
Ia turut menyeru orang ramai menggunakan aplikasi Price Catcher untuk mengetahui dan membandingkan harga minyak masak tidak bersubsidi di premis perniagaan berdekatan rumah masing-masing.
Baru-baru ini, pengguna dilaporkan terkejut dan mengeluh mendapati harga minyak masak dalam botol melambung naik di pasar raya, kedai serbaneka dan pasar mini.
Afiezy Azaman
Tue Jun 08 2021

Pengguna di Malaysia mempunyai pelbagai pilihan dan terpulang kepada citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak. - Gambar hiasan
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus pada Januari 2025 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.

Harga RON97 turun 10 sen, diesel di Semenanjung turun 7 sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Rabu sejajar dengan trend penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun lima sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.