Polis telah menahan 34 orang termasuk dua ahli sindiket yang terlibat dalam penjualan minuman berperisa yang disyaki mengandungi dadah dalam dua serbuan di sekitar Dang Wangi di ibu negara, Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, pihaknya turut merampas 181 botol air minuman dan 408 paket minuman disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah bernilai RM230,000.
"Operasi dua jam yang bermula dari 2.30 pagi itu dijalankan JSJN Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Lokasi serbuan melibatkan sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen dan sebuah tempat letak kereta di kawasan Dang Wangi.
"Pusat hiburan itu sebelum ini pernah diperiksa lima kali tahun ini, namun mereka masih melakukan kegiataan berkenaan kerana pulangan yang lumayan," kata Mohamad Salleh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Setakat ini, 32 suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.
Sementara itu, dalam operasi yang sama, polis juga telah membuat pemeriksaan ke atas 56 warga asing dan menahan 10 individu berumur antara 21 hingga 30 tahun.
Katanya, kesemua yang ditangkap direman 14 hari.
Dania Zainuddin
Mon Oct 01 2018
Mohamad Salleh menunjukkan boto dan paket air minuman yang disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah. - Astro AWANI
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR
Ada penduduk terpaksa berbelanja antara RM80 hingga RM100 seminggu bagi membeli air minuman berbotol untuk tujuan masakan dan minuman.
Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter
Netizen menyatakan monyet semakin 'bijak' apabila memilih telefon berjenama mahal dan berunding dengan manusia untuk mendapatkan makanan.
Itali negara di Eropah paling banyak guna air
Itali muncul sebagai negara paling banyak menggunakan air minuman di Eropah dengan lebih sembilan juta meter padu air setiap tahun, menurut laporan kumpulan alam sekitar, Legambiente pada Selasa.
Mahu jirus air pada kucing, terkena suspek, lelaki maut dibelasah
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din kejadian berlaku di sebuah rumah bungalow di Petaling Jaya, jam 9.10 malam tadi.
Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura
KKM juga mengesahkan produk AMB jenama Starfresh ini hanya dipasarkan ke Singapura dan tidak dijual di pasaran tempatan.
Kementerian Kesihatan tiada masalah jika operasi LRA Ayer Ganda dibuka semula
Jika dibuka semula, ia perlu disertai dengan syarat bahawa air itu tidak boleh digunakan sebagai air minuman atau air untuk kegunaan masakan.
Minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, 34 ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 34 orang termasuk 2 ahli sindiket yang terlibat dalam penjualan minuman berperisa yang disyaki mengandungi dadah dalam dua serbuan di sekitar Dang Wangi.
Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah
Les Copaque Production Sdn Bhd hari ini mengesahkan bahawa air minuman Upin & Ipin selamat diminum.