Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran produk air minuman berbungkus (AMB) jenama Starfresh keluaran Malaysia yang ditarik balik daripada pasaran Singapura.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berikutan produk berkenaan dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa iaitu sejenis bakteria yang terdapat secara meluas di persekitaran seperti yang dilaporkan oleh laman sesawang Singapore Food Agency (SFA) pada Rabu lalu.
"Hasil verifikasi KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati kilang yang menghasilkan produk itu melaksanakan program jaminan keselamatan makanan dan mematuhi keperluan pelesenan punca air minuman yang ditetapkan KKM.
"KKM juga mengesahkan produk AMB jenama Starfresh ini hanya dipasarkan ke Singapura dan tidak dijual di pasaran tempatan. Bagaimanapun, kementerian sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran seperti yang dilaporkan sebelum ini untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
SFA menerusi laman webnya pada Rabu lalu telah mengarahkan produk minuman itu ditarik balik daripada pasaran Singapura selepas dikesan tercemar bakteria berkenaan melibatkan produk yang berisipadu 1,500ml dan 500ml dengan tarikh luput pada 13 Mei 2021 dan 11 Mei 2021.
Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk-produk makanan di pasaran tempatan termasuk produk AMB.
Katanya produk AMB untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 jika gagal mematuhinya.
"Seksyen itu menetapkan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Bakteria Pseudomonas aeruginosa boleh ditemui di dalam air, najis, sisa kumbahan serta tanah boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan penyakit kepada manusia khusunya kepada golongan yang mempunyai sistem ketahanan yang rendah.
Namun, katanya produk makanan yang dicemari bakteria ini jarang memberikan kesan kesihatan kepada individu yang sihat.
Beliau turut meminta pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara itu atau sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2019
![Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71477968351_BottledWater.jpg)
KKM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran produk jenama Starfresh keluaran Malaysia yang ditarik balik daripada pasaran Singapura. -Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614839851_botolairmineral.jpg)
Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR
Ada penduduk terpaksa berbelanja antara RM80 hingga RM100 seminggu bagi membeli air minuman berbotol untuk tujuan masakan dan minuman.
![Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705628424_TBmonyet.jpg)
Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter
Netizen menyatakan monyet semakin 'bijak' apabila memilih telefon berjenama mahal dan berunding dengan manusia untuk mendapatkan makanan.
![Itali negara di Eropah paling banyak guna air Itali negara di Eropah paling banyak guna air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615265866_ITALY.jpg)
Itali negara di Eropah paling banyak guna air
Itali muncul sebagai negara paling banyak menggunakan air minuman di Eropah dengan lebih sembilan juta meter padu air setiap tahun, menurut laporan kumpulan alam sekitar, Legambiente pada Selasa.
![Mahu jirus air pada kucing, terkena suspek, lelaki maut dibelasah Mahu jirus air pada kucing, terkena suspek, lelaki maut dibelasah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567559494_TBBANGLAMAUT.jpg)
Mahu jirus air pada kucing, terkena suspek, lelaki maut dibelasah
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din kejadian berlaku di sebuah rumah bungalow di Petaling Jaya, jam 9.10 malam tadi.
![Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71477968351_BottledWater.jpg)
Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura
KKM juga mengesahkan produk AMB jenama Starfresh ini hanya dipasarkan ke Singapura dan tidak dijual di pasaran tempatan.
![Kementerian Kesihatan tiada masalah jika operasi LRA Ayer Ganda dibuka semula Kementerian Kesihatan tiada masalah jika operasi LRA Ayer Ganda dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71556987396_LEEBOONCHYE.jpg)
Kementerian Kesihatan tiada masalah jika operasi LRA Ayer Ganda dibuka semula
Jika dibuka semula, ia perlu disertai dengan syarat bahawa air itu tidak boleh digunakan sebagai air minuman atau air untuk kegunaan masakan.
![Minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, 34 ditahan Minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, 34 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81538384260_TBDADAHjpg.jpg)
Minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, 34 ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 34 orang termasuk 2 ahli sindiket yang terlibat dalam penjualan minuman berperisa yang disyaki mengandungi dadah dalam dua serbuan di sekitar Dang Wangi.
![Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439803429_BURHANUDDINRADZI.jpg)
Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah
Les Copaque Production Sdn Bhd hari ini mengesahkan bahawa air minuman Upin & Ipin selamat diminum.