BAYAN LEPAS: Tindakan licik sindiket perjudian yang menjadikan sebuah kondominum mewah di Bayan Lepas, Pulau Pinang sebagai ‘mini kasino’ terbongkar selepas 13 individu ditahan dalam serbuan pada Rabu.
Dalam serbuan pukul 3.45 petang itu, sembilan wanita dan empat lelaki berusia di antara 31 hingga 69 tahun dipercayai penganjur dan pemain yang sedang leka berjudi ditahan.
Mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian judi, maksiat dan kongsi gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah negeri dalam Op Dadu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, Rahimi Ra'ais berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaaan menyewa kondominum tersebut sejak pertengahan September lepas.
Menurut beliau, aktiviti perjudian itu dijalankan di kediaman tersebut sekitar pukul 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari.
“Sindiket ini dipercayai menawarkan aktiviti perjudian kepada kenalan rapat sahaja bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa .
“Siasatan mendapati kegiatan itu dipercayai meraih keuntungan sehingga RM100,000 sepanjang tempoh beroperasi,” kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai RM13,200 serta peralatan bermain judi antaranya keping cip pelbagai warna, monitor komputer, kotak pek daun terup, meja dan kerusi plastik serta alat tulis.
Rahimi berkata, kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, sek 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sabit kesalahan boleh dihukum dan denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih dari RM50,000 serta hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 30 2021
Sembilan wanita dan empat lelaki berusia di antara 31 hingga 69 tahun dipercayai penganjur dan pemain yang sedang leka berjudi ditahan oleh pihak berkuasa. - Gambar ihsan PDRM
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Mini kasino diserbu, lapan individu ditahan
Lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing itu berusia antara 18 hingga 62 tahun.
Mini 'kasino' dalam kondominum mewah diserbu, 13 individu leka berjudi diberkas
Aktiviti perjudian di kondominium itu dijalankan sekitar pukul 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari.
PDRM tubuh pasukan petugas khas banteras judi 'mini kasino'
Pasukan Petugas Khas ini membolehkan tindakan dikenakan di bawah POCA di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).