KUALA LUMPUR: Operasi sebuah mini kasino yang berselindung di sebalik pusat hiburan di Jalan Ipoh di sini, sejak dua minggu lalu terbongkar apabila diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, seramai lapan individu membabitkan dua penjaga dan pekerja pusat hiburan itu ditahan dalam serbuan pada jam 11.45 malam.
Menurut beliau, lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing itu berusia antara 18 hingga 62 tahun.
"Semakan turut mendapati empat yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.
"Ketika serbuan, seramai sembilan pelanggan sedang berhibur sambil minum minuman keras.
"Kompaun dikenakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021," katanya.
Tambah beliau, pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seramai dua penganjur perjudian serta empat individu sedang bermain judi menggunakan cip pelbagai nilai sebagai wang pertaruhan.
"Kita merampas wang tunai bernilai RM2,536, daun terup, cip pelbagai warna, peralatan sistem audio, bekas tempat letak cip dan bekas tempat letak daun terup," katanya.
"Kesemua suspek di tahan reman selama dua hari bermula hari ini (Jumaat) untuk siasatan lanjut," ujarnya.
Eng Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1953, Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 55 B dan Seksyen 39 B Akta Imigresen.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482222.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 18 2022

Polis menjalankan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Mini kasino diserbu, lapan individu ditahan
Lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing itu berusia antara 18 hingga 62 tahun.

Mini 'kasino' dalam kondominum mewah diserbu, 13 individu leka berjudi diberkas
Aktiviti perjudian di kondominium itu dijalankan sekitar pukul 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari.

PDRM tubuh pasukan petugas khas banteras judi 'mini kasino'
Pasukan Petugas Khas ini membolehkan tindakan dikenakan di bawah POCA di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).