KUALA LUMPUR: Minggu Solidariti Palestin peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) berlangsung dengan baik dan berjaya menyebarkan mesej mengenai kemanusiaan, keamanan serta kedamaian secara jelas khususnya dalam kalangan murid.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata malah program berkenaan dijalankan mengikut proses yang mengambil kira tahap pemahaman golongan murid mengenai konflik Palestin-Israel.
"...sekolah-sekolah ini mempunyai dinamik masing-masing dan menjadi tanggungjawab guru-guru memastikan mesej ini sampai mengikut aktiviti yang dirasakan sesuai dengan sekolah.
"Jadi ini adalah mesej jelas bahawa tujuan kita adakan (Minggu Solidariti Palestin) adalah untuk mengangkat pendirian negara dan memastikan mesej itu sampai kepada seluruh anak murid kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali di Ampang dekat sini hari ini.
Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan bermula 29 Okt hingga esok bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.
Program itu diadakan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di seluruh negara, bertujuan mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.
Mengenai isu garis panduan berhubung penganjuran Minggu Solidariti Palestin dikeluarkan KPM yang menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat, Fadhlina berkata perkara berkenaan tidak timbul kerana garis panduan itu adalah jelas untuk komuniti pendidikan.
"Garis panduan itu adalah untuk sekolah, untuk makluman kepada pentadbir sekolah dan dilaksanakan di sekolah dan bagi komuniti pendidikan ia adalah jelas. MenjadI polemik kerana ia dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Fadhlina berkata malah program berkenaan dijalankan mengikut proses yang mengambil kira tahap pemahaman golongan murid mengenai konflik Palestin-Israel. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin
Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali.