ANKARA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan Surat Setuju Terima (LOA) pembelian tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) batch kedua kepada syarikat pertahanan Turkiye Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM), semalam.
Majlis penyerahan itu disempurnakan antara Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MINDEF, Dr Mohd Bakhari Ismail dan Pengurus Besar STM, Ozgur Guleryuz dengan disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Industri Pertahanan Turki, Prof Haluk Gorgun di ibu pejabat STM, di sini.
Mohamed Khaled berkata, projek itu akan mengambil masa kira-kira tiga tahun setengah untuk disiapkan dan Malaysia bakal menerima keseluruhan tiga kapal berkenaan pada akhir 2027.
"Kita yakin projek ini akan disiapkan dalam masa ditetapkan kerana syarikat itu dimiliki oleh kerajaan Turki yang dipengerusikan Presiden mereka, maka ada jaminan daripada kerajaan itu," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan itu, di sini.
Mohamed Khaled dalam rangka lawatan rasmi ke Turki selama lima hari sejak Ahad.
Beliau berkata, perancangan Kertas Putih Pertahanan menggariskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu mempunyai 18 LMS bagi mengawal perairan sempadan negara yang terdiri empat perairan iaitu Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi, Laut Selat Melaka dan Laut Sulu.
"Dengan perolehan tiga LMS batch kedua ini, diharap dapat membantu kita mencapai 18 kapal diperlukan TLDM. Jadi, pendekatan menyerahkan LOA kepada Turki ini bergantung kepada keupayaan mereka untuk siapkan dalam masa ditetapkan, kalau tidak dapat disiapkan akan menjejaskan segala perancangan," katanya
Pembinaan dan kelengkapan kapal itu akan dilakukan di Turki melibatkan kerjasama 50 syarikat dari sektor pertahanan Turki antaranya Aselsan, Havelsan dan Roketsan yang akan disepadukan dengan sistem termaju dan dilengkapi sistem senjata canggih, penderia serta sistem arahan dan kawalan yang membolehkan TLDM melaksanakan pelbagai misi dengan berkesan.
LMS batch kedua merupakan korvet kelas-Ada ialah jenis kapal peronda dan peperangan antikapal selam (ASW) yang dilengkapi peluru berpandu antipesawat canggih selain mempunyai sesaran kira-kira 2,500 tan, panjang 99.56 meter (m), lunas 14.42 m dan draft 3.94 m serta dikuasakan oleh enjin Renk Codag 31,640 kW (42,430 hp).
Dengan had laju maksimum lebih 26 knot dan jarak pelayaran sejauh 4,000 kilometer pada 14 knot, ia boleh memuatkan 111 anak kapal dan daya tahan maksimum selama 14 hari selain turut dilengkapi dengan helipad dan hangar untuk menyimpan dan mengendalikan helikopter ASW atau pengangkut bersaiz sederhana serta pesawat tanpa pemandu (UAV).
Terdahulu, Mohamed Khaled memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara dua kerajaan berhubung perolehan kerajaan kepada kerajaan (G2G) untuk produk pertahanan Turki-Malaysia.
"MoU seperti ini tidak pernah dibuat oleh Malaysia dengan mana-mana negara tetapi dibuat bersama Turki kerana ia mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara selain hubungan berasaskan kepercayaan, hormat menghormati dan keinginan membantu antara satu sama lain.
"Saya percaya pemeteraian MoU ini akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara terutamanya Malaysia kerana Turki adalah kuasa tentera yang canggih pada hari ini dengan teknologi pertahanan sangat baik dan merupakan satu daripada negara pembuatan aset ketenteraan tercanggih di Asia Barat," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, bagi membuktikan komitmen dalam melaksanakan MoU itu, kedua-dua negara bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas yang akan dibentuk dalam masa enam bulan akan datang bagi merancang inisiatif strategik dan memantau kemajuan pelaksanaan MoU berkenaan.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Mohamed Khaled (kiri) berjabat tangan dengan Haluk Gorgun selepas memeterai MoU antara dua kerajaan berhubung perolehan kerajaan kepada kerajaan untuk produk pertahanan Turki-Malaysia. - Gambar X @KhaledNordin

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Malaysia dijangka terima tiga kapal LMS dari Turkiye 2027 - Menteri Pertahanan
Perolehan ketiga-tiga kapal itu bermula pada Oktober dikuti November dan Disember tahun berkenaan.

Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.

TLDM terima kapal LMS ketiga hari ini
TLDM menerima LMS ketiga dalam satu upacara ringkas di Hotel Antarabangsa Baiyue, Qidong, China hari ini.

Pelancaran dan penamaan kapal oleh wanita kenamaan adalah tradisi - TLDM
'Lady Sponsor' adalah dalam kalangan isteri orang kenamaan seperti isteri perdana menteri, menteri pertahanan dan kerabat diraja atau sultan.

Malaysia jangka peroleh satu daripada dua kapal LMS Oktober 2019 - Hishammuddin
Hishammuddin berkata dua kapal LMS yang dibina oleh China Shipbuilding Offshore International Co. Ltd dan Boustead Naval Shipyard berada di landasan yang betul serta mengikut jadual ditetapkan.

Pembelian kapal misi pesisir dari China bukti tiada kompromi dalam soal pertahanan negara
Empat kapal misi pesisir (LMS) yang dibeli oleh Malaysia dari China membuktikan bahawa kerajaan sentiasa bersiap siaga dalam soal keselamatan negara.