MACHANG : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima tiga buah kapal misi pesisir (LMS) daripada Turkiye pada 2027, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Menteri Pertahanan, perolehan ketiga-tiga kapal bermula pada Oktober dikuti November dan Disember tahun berkenaan.
Beliau turut memberitahu, pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) berjalan lancar mengikut jadual.
“Kapal (LMS) dari Turkiye dijangka siap ketiga-tiganya pada 2027, dengan itu kita akan ada lima LCS satu tahun dan tiga LMS, kemudian kita akan perolehi yang lain di samping kapal sedia ada yang boleh dipakai,” katanya.
Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Machang, di sini, malam tadi.
Sebelum ini, Malaysia dan Turkiye mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal berkenaan melalui syarikat pembinaan kapal negara itu, Turkiye Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) yang membekalkan LMS kelompok kedua jenis korvet Kelas Ada kepada TLDM.
Sementara itu, Mohamed Khaled turut menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang menyatakan kelewatan penyiapan lima buah LCS yang sepatutnya diterima pada tahun 2019 hingga 2022 bukannya berlaku pada tahun lepas sebaliknya, beberapa tahun kebelakangan itu.
Katanya, Kerajaan Perpaduan komited meneruskan projek pembinaan kapal LCS dengan jangkaan 2026 kapal berkenaan dapat digunakan untuk pengawasan perairan negara.
Kata Mohamed Khaled, kapal pertama LCS berjaya diluncurkan diatas air baru-baru ini, namun, kerja-kerja pemasangan peralatan sedang dilaksanakan buat masa ini.
Selepas kerja-kerja pemasangan, jelas beliau, kapal berkenaan akan melalui tempoh percubaan atau sea trial selama dua tahun dengan jangkaan 2026 kapal berkenaan dapat beroperasi sepenuhnya.
Beliau turut memberitahu, Kerajaan Perpaduan telah berjaya menyelesaikan isu kapal berkenaan dengan memastikan pembinaannya berjalan dengan baik.
Mohamed Khaled turut sependapat dengan LKAN bahawa terdapat kapal TLDM yang usang, namun, pihaknya melaksanakan retrofit supaya kapal yang sedia ada dapat digunakan.
Sebelum ini LKAN mendedahkan kelewatan penyiapan lima buah kapal LCS yang sepatutnya diterima pada tahun 2019 hingga 2022 dikenal pasti antara faktor prestasi perolehan dan penerimaan kapal TLDM sehingga 31 Disember tidak memuaskan.
Ia sekali gus menjejaskan sasaran pegangan kapal di bawah Program Transformasi TLDM #15to5 yang dirangka untuk meningkatkan keupayaan tempur daya tajan operasi maritim dan menangani isu keusangan kapal TLDM secara berperingkat.
Muhafandi Muhamad
Sat Jul 13 2024

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima tiga buah kapal misi pesisir (LMS) daripada Turkiye pada 2027, kata Mohamed Khaled. - Gambar fail Bernama
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.

Malaysia dijangka terima tiga kapal LMS dari Turkiye 2027 - Menteri Pertahanan
Perolehan ketiga-tiga kapal itu bermula pada Oktober dikuti November dan Disember tahun berkenaan.