PONTIAN: Program Migratory Birds @ Tanjung Piai di Taman Negara Johor Tanjung Piai di sini bagi meraikan persinggahan burung migrasi yang berlaku sekali dalam setahun iaitu antara September dan April berpotensi menjadi tarikan pelancongan di Johor.
Pengarah Tourism Johor Suhairi Hashim berkata secara umum, migrasi burung berlaku disebabkan negara asalnya yang sejuk hingga tidak sesuai didiami sekali gus mendorong burung tersebut bermigrasi ke negara yang mengalami cuaca lebih panas untuk mendapatkan perlindungan dan sumber makanan.
"Migratory Birds @ Tanjung Piai berkaitan dengan penghijrahan burung dari Hemisfera Utara seperti China, Rusia dan Jepun dan ketika dalam perjalanan, burung tersebut akan singgah di beberapa lokasi di negara ini antaranya Tanjung Piai.
"Program ini harus dipromosikan dan tidak menjadi masalah untuk dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Johor sebagai acara tahunan kerana pastinya ada peminat tegar terhadap pemerhatian burung sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Taman Negara Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Migratory Birds @ Tanjung Piai di sini hari ini.
Suhairi berkata program berkenaan juga dapat memupuk kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar bagi memastikan kelestarian hutan paya bakau terus terpelihara supaya kehadiran burung migrasi di Tanjung Piai tidak berkurangan.
"Sebelum ini kedatangan burung migrasi sekitar 70 spesies tetapi sekarang antara 17 hingga 18 spesies sahaja dan kemerosatan ini disebabkan isu global dan sumber makanan. Kita harap dengan adanya usaha melindungi hutan paya bakau dapat memperbanyakkan lagi spesies burung migrasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Migratory Birds @ Tanjung Piai berkaitan dengan penghijrahan burung dari Hemisfera Utara dan ketika dalam perjalanan, burung tersebut akan singgah di beberapa lokasi di negara ini antaranya Tanjung Piai. - Gambar/ Johor National Parks
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Migratory Birds @ Tanjung Piai berpotensi jadi tarikan pelancongan Johor
Persinggahan burung migrasi yang berlaku sekali dalam setahun iaitu antara September dan April berpotensi menjadi tarikan pelancongan di Johor.