KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley Megamall akan beroperasi semula hari ini (Khamis), kata pengurusan premis itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, pengurusan premis itu memaklumkan, semua pejabat, hotel dan kedai yang terletak di dalam bangunan berkenaan akan beroperasi seperti biasa.
"Susulan siasatan menyeluruh oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bomba, kami telah menerima kebenaran daripada pihak berkenaan untuk meneruskan operasi seperti biasa.
"Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran pelanggan sepanjang tempoh yang mencabar ini.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa tempatan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, TNB dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan dan kerjasama yang pantas," menurut kenyataan itu.
Pada Rabu, media melaporkan, Mid Valley ditutup kepada orang ramai susulan pencawang luar pusat beli-belah itu terbakar pada pukul 10 pagi.
Astro Awani
Thu May 18 2023

Pusat beli-belah Mid Valley Megamall akan beroperasi semula hari ini (Khamis) selepas ditutup sehari susulan pencawang luar terbakar pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Mid Valley dibuka semula hari ini
Semua pejabat, hotel dan kedai akan beroperasi seperti biasa selepas ditutup sehari susulan pencawang luar terbakar pada Rabu.

TNB kenal pasti punca kebakaran di Mid Valley
Langkah segera pemulihan bekalan telah diambil dengan sebahagian pengguna terlibat telah mendapat bekalan seawal pukul 10.55 pagi.

Oktoberfest bukan pesta arak - Azmin
Mohamed Azmin berkata kerajaan berpegang kepada dasar mempertahankan agama Islam namun tidak boleh menghalang amalan kaum lain.

SIC teroka platform e-sukan cungkil bakat pelumba kereta profesional
Melalui penganjuran bersama e-sukan bersama SIC dan RaceRoom Malaysia, pemenang kejohanan itu berpeluang menjadi pelumba profesional.

Kebakaran Mid Valley: Karl Shafek kongsi detik panik, bunyi siren disangka 'fire drill'
Pelakon dan pengacara Karl Shafek terkejut dan panik apabila terperangkap di dalam pusat beli-belah Mid Valley ketika kebakaran berlaku malam tadi.

Kebakaran tercetus di pusat beli belah Mid Valley
Satu kebakaran dilaporkan telah berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall di sini sebentar tadi.

Kereta pemandu GrabCar rosak teruk diserang pemandu teksi
Satu lagi kes kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika sedang mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley di sini semalam.

Laluan khas basikal pertama di ibu kota kini dibuka
Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.