MICROSOFT memperkenalkan aplikasi kreativiti Paint 3D sekitar tujuh tahun lalu untuk menggantikan aplikasi Paint asal mereka.

Aplikasi ini diperkenalkan sebagai cara untuk Microsoft mirip ciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi seperti Adobe Photoshop, GIMP dan sebagainya bagi menggantikan Paint.

Walaupun begitu, Microsoft nampaknya akan menamatkan sokongan untuk Paint 3D menjelang bulan November 2024 ini, apabila kemas kini Microsoft Windows terbaharu akan diperkenalkan untuk sistem operasi Windows 10 dan Windows 11.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, khususnya apabila aplikasi Paint hadir dengan kemas kini sejumlah fungsi yang sama seperti layer, transparency, dan pengalihan gambar latar, fungsi-fungsi yang sebelum ini hanya ditawarkan pada aplikasi Paint 3D.

Sokongan untuk aplikasi tersebut juga ditamatkan kerana ciri-ciri lain yang ditawarkan pada Paint 3D nampaknya tidak mendapat sambutan yang begitu baik daripada pengguna.

Untuk komputer-komputer riba baharu yang berada dalam program Copilot+ PC, aplikasi Paint juga telah menerima kemas kini baru seperti ciri Cocreator yang membolehkan pengguna untuk menjana gambar menggunakan kuasa kecerdasan buatan terbina di dalam komputer-komputer riba baharu. -Amanz