Waris kepada 12 penumpang Malaysia, Rusia, China dan Ukraine yang menaiki pesawat MH370 hari ini memfailkan saman kecuaian terhadap Malaysia Airlines System Berhad (MAS) bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan anggota keluarga mereka semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Dua waris warga Ukraine, Tetiana Yevhenivna Chustrak dan Natalia Viktorvna Bragina-Deika, yang masing-masing balu kepada Oleg Volodymyrovych Chustrak dan Sergii Grygorovych Deineka memfailkan saman itu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.
Mengikut pernyataan tuntutan, Oleg, 44, dan Sergii, 44, adalah rakan kongsi sebuah syarikat perabot yang menaiki pesawat MH370 sebelum dilaporkan hilang dan dianggap terkorban bersama 239 penumpang dan anak kapal pada hari itu.
Tetiana menamakan tiga anaknya sebagai plaintif manakala Natalia menamakan anaknya dan ibu bapa suaminya sebagai plaintif.
Mereka berkata walaupun kesemua plaintif menetap di luar Malaysia, mereka mengambil tindakan itu di Malaysia kerana mereka berhak berbuat demikian mengikut Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974 (CAA).
Mereka mendakwa mengikut peruntukan CAA, MAS bertanggungjawab terhadap mangsa kerana mereka merupakan penumpang di dalam pesawat penerbangan MH370 itu dan juga plaintif bagi kerugian yang dialami mereka.
Memandangkan Oleg dan Sergii mempunyai pendapatan tahunan sebanyak US$2 juta (RM8,256,715), plaintif berkenaan menuntut ganti rugi am, ganti rugi kehilangan sokongan kewangan, khas, kesedihan, kos dan relif lain yang wajar oleh mahkamah.
Selain itu, seramai 10 waris lagi terdiri daripada lapan warga Malaysia, seorang warga China dan seorang warga Rusia memfailkan saman itu melalui Tetuan Karpal Singh & Co.
Mereka ialah Tan Teik Hin, Guan Hua Jin, Anne Catherine Daisy, Wan Hock Khoon, Yap Chee Meng, Muzi Yusop, Suhaili Mustafa, Sim Keng Wei, Ju Kun (China) dan Nikolai Brodskii (Rusia).
Menurut peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili mereka, saman itu berhubung kecuaian, pelanggaran kontrak penerbangan dan pelanggaran tanggungjawab statutori.
Mereka menamakan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai defendan.
Sehingga kini, sebanyak 16 tuntutan saman dikemukakan oleh waris keluarga mangsa terhadap syarikat penerbangan itu.
Berdasarkan Konvensyen Montreal, waris penumpang mempunyai masa dua tahun untuk mengemukakan tindakan undang-undang berhubung tragedi MH370 dan tempoh itu akan berakhir pada 8 Mac ini.
Pada 24 Mac 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan rasminya menyatakan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.
Pada 29 Januari 2015, Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan bahawa kehilangan pesawat itu diisytiharkan sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa.
Azharuddin berkata kesemua penumpang dan anak kapal pesawat itu itu dianggap terkorban dalam insiden berkenaan.
Bernama
Fri Mar 04 2016
Saman itu berhubung kecuaian, pelanggaran kontrak penerbangan dan pelanggaran tanggungjawab statutori. -Gambar hiasan
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Semua waris MH370 digesa buat tuntutan sebelum 8 Mac - Liow
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai gesa waris MH370 buat tuntutan pampasan sebelum 8 Mac.
MH370: Waris 12 penumpang saman MAS, tuntut ganti rugi
Saman itu berhubung kecuaian, pelanggaran kontrak penerbangan dan pelanggaran tanggungjawab statutori.