"Dua tahun berlalu, derita hanya kami yang tanggung. Usahlah terus menghukum adik saya atas kesalahan yang belum pasti dia lakukan," luah Sakinab Shah kepada The Associated Press dalam temu bual eksklusifnya.
Sakinab, 72, merupakan kakak sulung kepada Juruterbang Kanan pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dituduh sebagai seorang jihad, mempunyai masalah dalam perkahwinan dan atas sebab-sebab politik, mendorong Zaharie menjatuhkan pesawat malag berkenaan.
Dia sebaliknya menceritakan, Zaharie seorang yang baik hati dan ceria.
"Tiada apa yang nyata dan membuktikan dia (Kapten Zaharie) bersalah. Ia sama seperti menjangkakan dia bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah," katanya.
BACA: Netizen kesal ramai sebar berita palsu MH370
BACA: Pihak berkuasa Mozambique sahkan terima serpihan didakwa dari MH370 dari warga AS
BACA: MH370: Elak berspekulasi tentang serpihan objek ditemui di Mozambique - Liow
Jelas Sakinab, teori-teori yang dibuat bukan dapat membetulkan keadaan, tetapi ia hanya menambah duka kepada keluarganya.
"Pada kami, ia menambah duka dan perasaan sedih kami. Kami bersedih atas kehilangannya dan kami perlu bersabar dengan semua tuduhan yang teori-teori yang dibuat, " ujarnya lagi.
Meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan, namun hasil siasatan mendapati tiada bukti yang menunjukkan kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan Zaharie mahupun pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid melakukan sebarang kesalahan.
Sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar pada 8 Mac 2014, hanya laporan serpihan yang mendakwa ia milik pesawat malang berkenaan ditemui.
Setakat ini, hanya flaperon pesawat berkenaan disahkan ditemui di Pulau Reunion, Perancis pada akhir Julai lalu.
Namun, ia tidak mampu meredakan kesedihan keluarga mangsa yang terlibat.
Malah salah seorang kakaknya terpaksa ditahan wad bulan lalu selepas mendengar spekulasi yang mengatakan Zaharie telah dijumpai dan sedang dirawat di sebuah hospitak di Taiwan.
Meskipun setakat ini belum ada sebarang kesahihan mengenai tragedi berkenan, keluarga Sakinab redha dengan apa yang berlaku.
VIDEO: Juruterbang disifat ikut prosedur terbangkan MH370
VIDEO: Anak Kapten Zaharie kecam laporan Daily Mail
VIDEO: Video solidariti untuk ahli keluarga Kapten Zaharie
Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab perlu meletakkan noktah kepada penantian yang cukup memeritkan mereka.
"Sukar. Walapupun perit kami belajar untuk menerima apa yang terjadi. Kami terima apa yang terjadi. Tapi walau apapun, ia adalah hak kami untuk menuntut pengakhiran kisah ini. Kami mahukan pengakhiran. Kami mahu kes ini ditutup. Kami terpaksa bersedih dan berduka dalam mencari pengakhiran cerita ini," luahnya lagi.
Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu disahkan berakhir di Lautan Hindi.
Sehingga kini, usaha pencarian diteruskan membabitkan Malaysia, Australia dan China melibatkan kos US$130 juta (RM550 juta).
Khairunnisa Kasnoon
Thu Mar 03 2016
![MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457023057_Zaharie.jpg)
Zaharie (gambar) seorang yang baik hati dan ceria, kata kakak sulung juruterbang itu Sakinab Shah kepada AP. -Gambar fail
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734158134_AmirHamzah.jpg)
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
![Bangkai pesawat MH370 ditemui? Bangkai pesawat MH370 ditemui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521444676_PESAWAT.jpg)
Bangkai pesawat MH370 ditemui?
Seorang pakar amatur Australia dalam siasatan kemalangan udara mendakwa telah menemui pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu menerusi aplikasi Google Earth.
![Serpihan kedua pesawat dipercayai milik MH370 dijumpai di Pulau Reunion Serpihan kedua pesawat dipercayai milik MH370 dijumpai di Pulau Reunion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457320660_JohnnyBegue.jpg)
Serpihan kedua pesawat dipercayai milik MH370 dijumpai di Pulau Reunion
Serpihan kedua itu dijumpai Johnny Begue, orang sama yang menjumpai 'flaperon' yang disahkan daripada MH370 pada Julai tahun lalu.
![MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457023057_Zaharie.jpg)
MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak
Tiada apa yang nyata dan membuktikan dia (Kapten Zaharie) bersalah. Ia sama seperti menjangkakan dia bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah.
![Flaperon: Pasukan pencari MH370 perlu lebih maklumat daripada pakar - Liow Flaperon: Pasukan pencari MH370 perlu lebih maklumat daripada pakar - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441359735_950x600.jpg)
Flaperon: Pasukan pencari MH370 perlu lebih maklumat daripada pakar - Liow
Liow menyuarakan harapan beliau agar para pakar dapat memberi maklumat terperinci kepada pasukan berkenaan, termasuk mengenai lokasi tepat alat itu dijumpai.
![Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438361118_SaintAndre.jpg)
Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC
Pasukan siasatan diketuai Perancis sudah menyelesaikan pemeriksaan fasa pertama ke atas flaperon pesawat MH370.
![Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51438359603_MHT.jpg)
Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).
![JACC akhirnya sahkan flaperon dari MH370 JACC akhirnya sahkan flaperon dari MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438344839_MHT.jpg)
JACC akhirnya sahkan flaperon dari MH370
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu.
![MH370: Kerajaan akan bincang dengan China, Australia berhubung kotak hitam MH370: Kerajaan akan bincang dengan China, Australia berhubung kotak hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81438794841_LAREUNIONISLAND.jpg)
MH370: Kerajaan akan bincang dengan China, Australia berhubung kotak hitam
Perbincangan itu membuktikan kerajaan akan terus melakukan apa sahaja termampu bagi menyiasat tragedi yang menimpa pesawat malang itu.
![MH370: Tunjukkan kami bukti yang kukuh - waris mangsa MH370: Tunjukkan kami bukti yang kukuh - waris mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439004110_MHGRACE.jpg)
MH370: Tunjukkan kami bukti yang kukuh - waris mangsa
Grace tidak yakin flaperon itu milik pesawat yang meragut 239 nyawa termasuk ibunya Anne Daisy kerana kerajaan Perancis masih melakukan siasatan dan analisis terhadap serpihan yang dijumpai.
![MH370: Waris penumpang China tidak percaya bukti dari serpihan pesawat MH370: Waris penumpang China tidak percaya bukti dari serpihan pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438831513_mhrelatives.jpg)
MH370: Waris penumpang China tidak percaya bukti dari serpihan pesawat
Suasana hiba mengiringi kaum keluarga penumpang yang berkumpul di luar pejabat Malaysia Airlines di Beijing.