Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta para pakar memberi lebih banyak maklumat tentang flaperon yang dijumpai di luar pantai Pulau Reunion kepada pasukan pencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
Sambil merujuk kepada pengumuman seorang pendakwa raya Perancis yang mengesahkan bahawa flaperon berkenaan berasal daripada pesawat itu, Liow menyuarakan harapan beliau agar para pakar dapat memberi maklumat terperinci kepada pasukan berkenaan, termasuk mengenai lokasi tepat alat itu dijumpai.
"Maklumat seperti ini akan membantu Kumpulan Kerja Strategik Pencarian meneruskan tugas mereka.
"Anggota keluarga dan orang tersayang mereka yang menjadi mangsa MH370 juga telah melalui detik-detik yang amat perit dan memilukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Terengganu di sini hari ini.
Liow berkata kerajaan akan meneruskan misi mencari pesawat itu bersama-sama China dan Australia.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.
Pada 6 Ogos tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di wilayah Perancis itu adalah sebahagiaan daripada pesawat MH370.
Bernama
Fri Sep 04 2015
Liow menyuarakan harapan beliau agar para pakar dapat memberi maklumat terperinci kepada pasukan berkenaan, termasuk mengenai lokasi tepat alat itu dijumpai. -Gambar fail
Dua pelajar maut, motosikal ditunggang bertembung
Dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Warga emas, tukang urut antara pasangan ditahan dalam operasi JAIM
Keluar berdua untuk sambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api, seterusnya memilih menginap di sebuah hotel kerana 'penat'.
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland
Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).
Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Isnin lepas mangsa telah jatuh daripada perahu dan dihanyutkan arus deras sungai.
Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua lelaki warga asing ditahan
Suspek direman selama enam hari hingga 6 Januari untuk membantu siasatan.
Bekas Presiden Yoon fail injunksi, gantung waran tangkap
Pasukan pembelaan Presiden Yoon Suk Yeol memfailkan injunksi pada Selasa untuk menggantung pelaksanaan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap presiden yang didakwa atas pengisytiharan undang-undang tentera, menyifatkan waran itu "menyalahi undang-undang," lapor agensi berita Yonhap.
Lebih 140 cubaan PBB ke Utara Gaza disekat oleh Israel
Lebih 140 cubaan pasukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk masuk ke utara Gaza sejak dua bulan lalu dinafikan oleh rejim haram Israel.
Junta Myanmar berjanji anjurkan pilihan raya yang bebas
Pemimpin Junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing menerusi amanat tahun baharu 2025, berjanji untuk menganjurkan pilihan raya yang bebas dan adil bagi negara itu.
Bangkai pesawat MH370 ditemui?
Seorang pakar amatur Australia dalam siasatan kemalangan udara mendakwa telah menemui pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu menerusi aplikasi Google Earth.
Serpihan kedua pesawat dipercayai milik MH370 dijumpai di Pulau Reunion
Serpihan kedua itu dijumpai Johnny Begue, orang sama yang menjumpai 'flaperon' yang disahkan daripada MH370 pada Julai tahun lalu.
MH370: Usah terus menghukum Kapten Zaharie - Kakak
Tiada apa yang nyata dan membuktikan dia (Kapten Zaharie) bersalah. Ia sama seperti menjangkakan dia bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah.
Flaperon: Pasukan pencari MH370 perlu lebih maklumat daripada pakar - Liow
Liow menyuarakan harapan beliau agar para pakar dapat memberi maklumat terperinci kepada pasukan berkenaan, termasuk mengenai lokasi tepat alat itu dijumpai.
Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC
Pasukan siasatan diketuai Perancis sudah menyelesaikan pemeriksaan fasa pertama ke atas flaperon pesawat MH370.
Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).
JACC akhirnya sahkan flaperon dari MH370
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu.
MH370: Kerajaan akan bincang dengan China, Australia berhubung kotak hitam
Perbincangan itu membuktikan kerajaan akan terus melakukan apa sahaja termampu bagi menyiasat tragedi yang menimpa pesawat malang itu.
MH370: Tunjukkan kami bukti yang kukuh - waris mangsa
Grace tidak yakin flaperon itu milik pesawat yang meragut 239 nyawa termasuk ibunya Anne Daisy kerana kerajaan Perancis masih melakukan siasatan dan analisis terhadap serpihan yang dijumpai.
MH370: Waris penumpang China tidak percaya bukti dari serpihan pesawat
Suasana hiba mengiringi kaum keluarga penumpang yang berkumpul di luar pejabat Malaysia Airlines di Beijing.