Sidang media kehilangan pesawat MH370 yang terletak di Hotel Sama-Sama, Sepang akan dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan media dari Jabatan Penerangan Malaysia, sidang media tersebut akan bermula esok dan perpindahan dari lokasi asal tersebut adalah untuk mengelakkan kesesakan penginapan di hotel tersebut bersempena Grand Prix Formula 1 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

“PWTC dipilih kerana ianya mempunyai fasiliti yang sesuai dan juga terdapat hotel-hotel berhampiran yang mampu memberi kemudahan terbaik kepada para media dan wartawan dari seluruh dunia,”.