Kerajaan akan menyiasat keadaan tegang yang berlaku di Beijing China pada satu taklimat yang dihadiri pegawai tertinggi Malaysia dan ahli keluarga penumpang mengenai perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Saya telah menerima laporan dari Kementerian Luar dan juga pihak berkuasa China.
"Kami akan terus berhubung bersama ahli keluarga. Kami juga akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kondusif ketika taklimat," kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika sidang media di Hotel Sama Sama, Sepang.
Menurut laporan AFP, polis terpaksa campur tangan pada hari Sabtu apabila saudara-mara penumpang pesawat MH370 yang hilang meluru ke arah pegawai-pegawai Malaysia di sebuah hotel di Beijing menuntut penjelasan ke atas nasib ahli keluarga mereka.
Ianya berlaku setelah misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan memasuki minggu ketiga, di mana ramai berharap ahli keluarga mereka masih hidup dan mendakwa Malaysia merahsiakan sesuatu.
Seramai 153 rakyat China menaiki pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar awam pada 8 Mac hampir satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
"Kerajaan Malaysia, berterus terang dengan kami! Kembalikan insan tersayang kami!" jerit seorang ahli keluarga pada satu taklimat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan. Hotel berkenaan menganjurkan taklimat harian kepada ahli keluarga bersama wakil syarikat penerbangan.
Kemarahan memuncak, apabila beberapa ahli keluarga menyerbu ke arah pegawai Malaysia tetapi polis campur tangan dan para pegawai berjaya meninggalkan bilik tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kita tidak boleh tahan lagi," kata seorang wanita. "Mereka menawarkan kami pampasan, tetapi kita telah kehilangan seluruh keluarga kami. Ini adalah China. Mereka tidak boleh memberitahu kami untuk datang atau pergi sesuka hati. Kita akan tunggu di sini. Jika mereka tidak datang, kami tidak akan meninggalkan tempat ini."
Berpuluh-puluh negara telah terlibat dalam pencarian pesawat yang hilang tetapi kekurangan jawapan pasti daripada pegawai-pegawai syarikat penerbangan telah menyebabkan ahli keluarga hilang keyakinan dalam operasi mencari pesawat berkenaan.
Pada Jumaat, mesyuarat pertama telah diadakan di antara keluarga penumpang dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. Mesyuarat itu juga mengakibatkan pertengkaran dan kemarahan.
Syafique Shuib
Sat Mar 22 2014

Keadaan tegang di China ketika taklimat bersama ahli keluarga. --Gambar AFP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dunia menangis lagi #MengenangQZ8501
Hari ini dunia menangis lagi, serpihan dan jasad penumpang pesawat AirAsia Indonesia #QZ8501 ditemui selepas hilang sejak Ahad 28 Disember.

MH370: Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini?
Lebih dua minggu telah berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pelbagai teori telah dibangkitkan.

MH370: Kerajaan siasat kekecohan sidang media di Beijing
Ahli keluarga penumpang rakyat China pesawat Malaysia Airlines MH370 mahu kerajaan Malaysia berterus terang bersama mereka.

MH370: Transkrip komunikasi, tiada yang pelik seperti didakwa
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menegaskan laporan The Telegraph tidak tepat.

#MH370 bukan lagi tajuk utama di garis masa media sosial - penganalisis
Walaupun ramai masih bersimpati namun perbincangan di media sosial pada minggu kedua sudah mula kembali seperti biasa.

MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung.

Operasi AMSA diteruskan pada Jumaat, cuaca menjejaskan pencarian objek
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi disambung esok.

MH370: Bekas kapten ulas sistem ping, mahu Rolls Royce beri kepastian
Bekas ketua juruterbang tidak pasti jika sistem 'ping' boleh mengesan plot, lokasi, hala tuju, ketinggian, dan kelajuan sebuah pesawat.

MH370: Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan Hindi
Peralatan canggih milik Amerika Syarikat mampu mencari kapal selam musuh dan logam yang besar di bawah laut.

MH370: Berdasarkan maklumat, pesawat sepatutnya berada dalam radius tertentu
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) boleh mencari kawasan tertentu dengan maklumat yang telah dikumpul.