Majoriti muka depan akhbar tempatan hari ini memaparkan berita mengenai pengisytiharan nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman semalam.

Selepas hampir setahun tragedi tersebut, kerajaan secara rasmi mengumumkan kehilangan pesawat MH370 itu sebagai kemalangan, dan semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat berkenaan dianggap telah terkorban.

Pengisytiharan DCA tersebut selari dengan kandungan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (juga disebut Deklarasi Chicago) di bawah tajuk Siasatan Kemalangan dan Insiden Pesawat.

Ia menyebut bahawa definisi istilah ‘kemalangan’ adalah termasuk ‘pesawat hilang’. Ia juga menyatakan bahawa ‘sesebuah pesawat dianggap hilang apabila misi pencarian dihentikan dan bangkai pesawat tidak dapat ditemui’.

‘MH370 diisytihar nahas’, kata akhbar Utusan Malaysia manakala akhbar The Star memilih tajuk berita ‘Helping them move on’.

Dua tajuk itu merujuk kepada penutup satu episod dalam fasa tragedi berkenaan sekali gus membuka peluang kepada prosedur tuntutan pampasan yang sebelum ini terhalang kerana pengisytiharan itu belum dibuat.

Akhbar The Sun pula memilih tajuk ‘MH370 declared an accident’ sementara Berita Harian dengan gambar pilu hitam putih yang menunjukkan ratapan keluarga seorang mangsa nahas, menggunakan tajuk ‘Berakhir’.

Penantian pengumuman tersebut dimulai dengan sedikit ‘drama’ pada petang semalam akibat pembatalan sidang media yang dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang.

Pihak DCA kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa jabatan tersebut mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sidang media itu kerana ‘kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara mangsa nahas’ dan hal itu dikatakan ‘tidak bersesuaian’.

Namun, pihak DCA telah mengubah kaedah pengumuman berkenaan melalui siaran rakaman pada jam 6 petang.

Media sosial juga tidak sepi daripada dibanjiri pelbagai reaksi mengenai perkara itu:





Sementara itu, akhbar dan portal berita dunia juga memilih berita berkenaan untuk dimuatkan di muka depan masing-masing:

mh370 time



mh370 china


mh370 seattle