Persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung perlunya keadilan dilaksanakan dalam tragedi pesawat MH17 merupakan satu petanda baik bagi siasatan kes itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata sebagai mangsa, Malaysia memerlukan kerjasama Rusia dalam aspek siasatan bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines itu di Ukraine pada Julai 2014.
"Semua tahu dalam kes ini kita adalah mangsa, diserang, ditembak jatuh oleh tembakan peluru berpandu BUK, dan kita mesti cari siapa yang menjatuhkan pesawat itu.
"Dalam hal ini, Perdana Menteri (Najib) telah bertemu Putin...mendapatkan persetujuan dan kerjasama daripada Rusia adalah satu permulaan baik ke arah mengetahui perkara sebenar yang berlaku kepada pesawat kita," katanya semasa mengulas perkembangan siasatan insiden MH17 itu susulan pertemuan Najib dan Putin di Sochi, Rusia, pada Khamis.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan 'Wall of Fame Tokoh Alumni UKM' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
Dalam pertemuan itu, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, Najib dan Putin bersetuju agar Malaysia dan Rusia berbincang dengan lanjut untuk memastikan tindakan keadilan dapat dicapai dalam insiden MH17 selepas pembentangan laporan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT).
Najib dilaporkan turut mengulangi pendirian Malaysia yang mahu memastikan insiden MH17 disiasat sampai ke penghujung dengan memberi kepuasan kepada keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan.
Liow berkata bagi pihak Kementerian Pengangkutan, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana terus membantu terutamanya dalam aspek mendapatkan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab dan keadilan kepada keluarga mangsa.
"Sebagai langkah susulan, kita sedang berbincang dengan Belgium, Belanda, Australia dan Ukrain untuk mewujudkan badan timbang tara berhubung kes MH17," katanya.
Beliau akan mendapatkan pandangan Najib terlebih perkara sebelum perkara itu dimuktamadkan.
Pada 17 Julai 2015, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) merumuskan dalam siasatannya bahawa jet Boeing 777 itu terkena peluru berpandu buatan Rusia, BUK, yang dilancarkan dari wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Rusia tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas itu setahun sebelum itu.
Namun, pihak Rusia kemudian menafikan perkara itu dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) membuka siasatan baharu terhadap nahas pesawat MH17.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata Kementerian Pengangkutan belum mendapat apa-apa permohonan atau rayuan daripada pengendali kenderaan perdagangan atau pengangkutan awam untuk menggunakan pemandu asing setakat ini.
Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serius menangani kes penggunaan pemandu asing bagi memandu pengangkutan awam, katanya sambil mengingatkan pihak pengendali atau pemilik syarikat bahawa lesen perniagaan mereka boleh ditarik jika melanggar peraturan dengan membenarkan warga asing menjadi pemandu.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 166 warga asing ditahan sejak Januari lepas kerana memandu kenderaan perdagangan, yang merupakan kesalahan mengikut Akta JPJ di mana Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) tidak dikeluarkan kepada warga asing untuk tujuan perniagaan atau perdagangan menggunakan kenderaan di negara ini.
Mengenai 'Wall of Fame Tokoh Alumni UKM', Liow yang dipilih sebagai Tokoh Alumni Tersohor berkata ia merupakan satu penghargaan kepada dirinya selaku bekas penuntut universiti itu.
Beliau yakin keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan kepada universiti penting untuk mengekal dan mengembangkan pembangunan institusi pengajian itu.
Selain Liow, turut disenaraikan sebagai tokoh ialah Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Chong Sin Woon, Pengerusi Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Seri Alimuddin Mohd Dom, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dan Akauntan Negera Datuk Che Pee Samsudin.
Sejak ditubuhkan pada Mei 1970, UKM telah melahirkan 176,009 alumni.
Bernama
Fri May 20 2016
![MH17: Persetujuan Najib-Putin petanda baik kepada siasatan - Liow MH17: Persetujuan Najib-Putin petanda baik kepada siasatan - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463668470_Najib.jpg)
Dalam pertemuan dengan Putin, Najib dilaporkan turut mengulangi pendirian Malaysia yang mahu memastikan insiden MH17 disiasat sampai ke penghujung. -Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720449649_TBHarimauMalaya.jpg)
Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia
Garrido mencabar barisan pemain baharu untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara bertahan apabila menggalas cabaran negara pada Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya.
![Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
!['Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994055_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
![Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887508_MohamadHasan.jpg)
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
![Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646604760_PheeJinqEn.jpg)
Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719578796_MalaysiaKorea.jpg)
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.