Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengambil tindakan tegas bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"PBB tidak boleh lagi hanya gunakan resolusi (akses bebas) yang telah diluluskan, tetapi tindakan tidak ada.
"Kita rasa ini tidak boleh terus berlarutan dan sesuatu tindakan perlu diambil untuk memasuki kawasan itu," katanya.
Beliau berkata kerajaan Malaysia berasa amat hampa dan marah kerana walaupun PBB sudah meluluskan resolusi untuk pasukan penyiasat memasuki kawasan itu namun sehingga kini, mereka masih tidak dapat berbuat demikian.
"Sudah tiba masanya PBB perlu mengambil tindakan tegas dan dunia tidak boleh berdiam lagi kerana kita perlu menegakkan keadilan dan kebenaran siapa yang menembak MH17," katanya kepada pemberita di majlis makan malam bersempena ulang tahun ke-65 MCA di sini hari ini.
Liow berkata PBB perlu bertindak pantas bagi membolehkan akses ke lokasi nahas kerana ini adalah peluang terakhir bagi mengeluarkan mayat dan bangkai pesawat untuk siasatan lanjut sebelum musim sejuk.
Pasukan penyiasat MH17 belum berjaya memasuki lokasi nahas yang terletak di rantau bergolak kerana kerajaan Ukraine tidak dapat menjamin satu koridor selamat untuk mereka.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh pada 17 Julai lepas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bernama
Sat Sep 27 2014
LIOW: PBB perlu ambil tindakan tegas bolehkan pasukan penyiasat ke lokasi nahas. -Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
BNM kongsi semua maklumat diterima daripada Unit Perisikan Kewangan asing
Bank pusat itu terikat dengan Prinsip Kumpulan Egmont untuk Pertukaran Maklumat antara FIU asing.
Akta 446, tingkat standard penginapan pekerja asing berkuat kuasa esok - Ismail Sabri
Antara lain akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini.
Kurangkan pekerja asing, Sarawak giat latih anak tempatan
Sarawak mahu buka lebih banyak peluang kepada anak negeri itu bagi mengisi peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang teknikal.
Maritim Malaysia tahan tiga kapal induk bekal minyak kepada nelayan asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan tiga kapal tangki minyak dipercayai menjadi 'feeder' kepada bot-bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan.
Asing tempat duduk dalam pawagam untuk didik masyarakat - MB Terengganu
Langkah yang dilaksanakan itu adalah satu proses mendidik masyarakat di negeri berkenaan agar mematuhi syariah dalam aktiviti yang dijalankan.
Projek infrastruktur babitkan penyertaan asing hanya beri keuntungan kepada orang luar
Katanya, status projek berkenaan dibincangkan pada mesyuarat pembangunan fiskal negara pada Rabu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dakwaan beri kewarganegaraan kepada PATI adalah fitnah
Sebaliknya kerajaan baharu Sabah ketika ini sangat teliti mengenai isu PATI dan usaha untuk menanganinya dipergiatkan pada setiap masa melalui saluran undang-undang sedia ada.
Bekalan mata wang asing biasa cukup untuk penuhi permintaan - MAMSB
Bekalan mata wang asing biasa mencukupi dalam pasaran bagi memenuhi permintaan semasa, kata Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).
Tragedi MH370 dan MH17 tarik perhatian penerbit filem dan pentas
Baik para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat untuk mengabdikan memori tragedi pesawat MH370 dan MH17.
MH17: PBB perlu ambil tindakan tegas benar pasukan penyiasat ke lokasi nahas
PBB perlu mengambil tindakan tegas bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.