Pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diamanahkan menjalankan misi mencari dan siasatan nahas MH17 hanya sempat memasuki Donestk, timur Ukraine dua atau tiga kali sahaja, sepanjang 10 hari mereka berada di sana.
Ketua pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), DSP Law Pang Tai berkata disebabkan kawasan itu masih tegang, pasukan Malaysia juga terpaksa menunggu giliran mereka, selain pasukan dari Belanda dan Ausralia, untuk memasuki lokasi tersebut dan menjalankan operasinya.
Katanya, pasukan Malaysia juga hanya dibenarkan berada di lokasi itu, paling lama dalam lingkungan tiga jam pada sesuatu masa.
Paling lama dua hingga tiga jam. Sebenarnya tugas itu sangat mencabar, ada juga kedengaran bunyi bom, tembak menembak tetapi kita selamat tanpa sebarang kejadian, kata beliau yang tiba bersama 21 anggota FRU dan enam anggota VAT69, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pasukan tersebut yang merupakan kumpulan pertama tiba di tanah air disambut Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Muhamad Fuzi Harun, selain anggota keluarga pasukan berkenaan.
Kumpulan kedua terdiri daripada 11 anggota forensik PDRM pula dijangka tiba petang ini, manakala kumpulan terakhir yang turut disertai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka tiba Selasa ini.
Sementara itu, anggota VAT69 Sarjan Mohd Zulkifli Ali berkata, pasukan Malaysia juga tidak dibenarkan membawa senjata ke lokasi tersebut dan kedengaran bunyi tembakan meriam antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
Misi utama kami ialah mencari bukti dan membantu pasukan forensik. Kami tidak dibenarkan membawa senjata, sebab ia tempat orang, masing tegang.
Lagipun kita tak boleh tetapkan masa kita sendiri untuk memasuki lokasi itu. Mereka yang akan tetapkan. Ia bergantung kepada keadaan, situasi, krisis di sana, katanya sambil menambah keselamatan sentiasa diutamakan.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Sebanyak 43 warganegara Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu.
Bernama
Sun Aug 10 2014
Sebahagian 27 anggota Pasukan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan ke lokasi nahas MH17 di Ukraine sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.