PUTRAJAYA: Malaysia menggesa semua negara serta pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama sepenuhnya mengikut Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014) berkaitan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini sempena memperingati ulang tahun kelapan tragedi MH17, kementerian itu memaklumkan gesaan dibuat bagi memastikan pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu dibawa ke muka pengadilan menerusi prosiding jenayah yang bebas, terbuka dan telus dalam pendakwaan kebangsaan di Belanda ketika ini.
"Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatkan kebertanggungjawaban penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa serta waris yang terlibat dalam tragedi MH17.
"Mencari kebenaran terhadap nahas yang berlaku akan terus menjadi keutamaan kami (Malaysia)," menurut kenyataan itu.
Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine. Mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat itu.
Walaupun tidak dapat mengembalikan mangsa nahas terbabit ke dunia ini atau mengurangkan kesedihan serta keperitan yang dirasai ahli keluarga, MOT memberitahu Malaysia tetap komited mencari kebenaran serta menuntut keadilan terhadap insiden itu.
"Kami (Malaysia) mengulangi rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan insan tersayang mangsa nahas penerbangan MH17. Kami akan pastikan insiden tragis seperti ini tidak berulang lagi," menurut kenyataan itu.
Sebagai tanda solidariti bersama waris tragedi itu, MOT menyatakan pemergian kesemua mangsa akan terus diingati.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatkan kebertanggungjawaban penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa serta waris yang terlibat dalam tragedi MH17. - AP
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.