Kerajaan Malaysia disaran memfailkan tuntutan di Mahkamah Hak Asasi Manusi Eropah (ECHR) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rusia berhubung tragedi yang menimpa pesawat malang Malaysia Airlines, MH17.
Pengerusi Kaukus Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata kerajaan Malaysia bukan sahaja perlu menyertai tindakan undang-undang berkenaan, malah perlu mengambil peluang untuk menerajui kes tersebut.
“Kita perlu ingat MH17 ialah kapal terbang Malaysia.
“Yang paling penting lagi ialah imej dan maruah Malaysia serta ketidakadilan kepada hampir lebih 40 rakyat Malaysia.
“Bagi saya, ia agak kurang wajar negara lain yang bersungguh-sungguh untuk mencapai keadilan untuk warga Malaysia tetapi kita hanya mengikut atau mengambil peranan yang mengikut,” kata Mohd Yusmadi kepada Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: MH17: Malaysia komited untuk kekal sebahagian daripada JIT
Dari segi perundangan, katanya, Malaysia mempunyai asas undang-undang (locus standi) yang jelas kerana korban adalah terdiri dari rakyat negara ini dan syarikat penerbangan dimiliki kerajaan Malaysia.
“Dari segi tindakannya, kerajaan perlu melantik peguam yang mana peguam itu perlu memfailkan kes di ECHR.
“Dalam hal ini, ia tidak sukar kerana banyak perkara telah dilakukan dalam bentuk siasatan secara berkumpulan iaitu banyak negara lain yang juga terlibat.
“Malah, kita melihat satu komitmen yang sangat kuat daripada Kesatuan Eropah yang mengatakan akan memberikan bantuan sewajarnya demi mencari keadilan,” katanya.
BACA: Malaysia tidak akan berputus asa, dunia terus memperingati tragedi MH17
Tambahnya, kerajaan Malaysia perlu jelas bahawa isu ini merupakan isu perundangan serta keadilan dan tidak patut melihat perkara ini sebagai isu geopolitik.
“Kerajaan melihat isu ini sebagai isu geopolitik, iaitu isu antara kuasa besar Rusia yang berdepan dengan Ukraine yang juga merupakan penyokong atau rakan sekutu kepada Amerika Syarikat.
“Kerajaan perlu jelas ini merupakan isu perundangan, yang mana saya tahu terdapat kemungkinan akan mempunyai implikasi terhadap isu ekonomi.
“Bagaimanapun, kerajaan Malaysia perlu tegas kerana ini berkaitan ketidakadilan terhadap warga Malaysia dan warga antarabangsa,” tegasnya lagi.
BACA: MH17: Pihak pembelaan dibenar siasat mungkin ada penjelasan lain pesawat ditembak jatuh
Beliau mencadangkan agar Kementerian Luar dan pihak Peguam Negara mewujudkan satu mekanisme yang khusus atau melantik wakil dalam usaha menuntut keadilan dan kebenaran bagi mangsa penerbangan MH17 dan waris mereka.
Sebelum ini, kerajaan Belanda berhasrat mendakwa Rusia di ECHR.
Menteri Luar Belanda, Stef Blok memaklumkan langkah itu bagi menuntut keadilan kepada 298 penumpang pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine.
Beliau berkata kerajaan Belanda memutuskan bersama Australia untuk memulakan prosedur di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan Rusia bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines tersebut meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika melintasi ruang udara timur Ukraine.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh.
Penumpang lain membabitkan rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Isabelle Leong
Sat Jul 18 2020

Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines tersebut meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

65 kanggaru mati di Australia, siasatan dijalankan
Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 65 kanggaru yang ditemukan mati sama ada ditembak atau dilanggar kenderaan, mencetuskan usaha mencari pihak yang bertanggungjawab.

Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.

Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.

Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.

Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak
Pemandu lori berusia 27 tahun dipercayai dibunuh oleh dua lelaki bersenjata parang dan sabit.

Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang
Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor.

Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan
Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu.

Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang
Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin.

Pelancong guna jet ski ditembak mati di luar pantai Algeria
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Maghribi selepas seorang nelayan menyiarkan rakaman mayat yang terapung di laut.

Calon Presiden Ecuador maut ditembak
Calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio maut selepas ditembak lelaki tidak dikenali, kurang dua minggu menjelang pilihan raya parlimen.