Seorang kanak-kanak berbaju belang melintang hanya duduk membisu di sisi ibunya.
Dia enggan bercakap apabila diajukan soalan daripada wartawan selepas majlis tahlil dan bacaan surah Yassin sempena memperingati tragedi penerbangan MH17 yang mengorbankan bapanya, Kapten Wan Amran Wan Hussin.
Wan Yusuf Irfan juga abangnya yang dua tahun lebih tua daripadanya, Wan Yunus Uzair, tidak banyak bercakap sejak orang ramai mula memenuhi ruang tamu rumahnya.
Mereka hanya membuka mulut kepada sanak saudara dan rakan-rakan, itupun sangat sedikit. Mungkin juga sikap mereka memang begitu.
“Adik cerita la,” kata ibunya.
“Tak nak lah, asyik kena interview je,” rungut perlahan anak kecil berusia 11 tahun itu kepada ibunya, tetapi cukup kuat untuk didengari para petugas media.
Sebagai ibu dan juga tuan rumah, Mariyam Yusoff tidak turut serta anak-anaknya yang mungkin juga letih terlalu kerap mendapat pendedahan media sejak terjadinya kemalangan tragis itu.
Dia mengukir senyuman menjemput kira-kira 40 orang tetamu menjamu hidangan yang disediakan seusai majlis di kediamannya di Alam Impian, Shah Alam.
Namun, duka dan rindu masih jelas kelihatan pada mata wanita berusia 47 tahun itu.
Begitu juga anak-anaknya yang nyata masih merindui kehadiran bapanya lebih-lebih lagi dalam keramaian begitu.
Rindu yang cukup tebal hingga membuatkan dua beradik itu bercerita tentang bapanya hampir setiap hari, dan ada kalanya terbawa-bawa ke dalam mimpi.
“Setiap hari dia ni (Irfan) terutamanya akan bercerita tentang abah dia, selalu cerita dia mimpi abah dia.
“Selalu dia cakap abah dia tak mati. Ada juga dia bagitahu yang dia tanya abah dia siapa yang tembak (pesawat MH17), dia kata abah dia cakap Ukraine,” cerita Mariyam sambil ketawa kecil.
Terdengar bisikan abangnya yang duduk pada tempat letak tangan sofa di mana ibu dan adiknya duduk.
“Abang tak pernah mimpi pun,” katanya perlahan, kemudian tersipu malu sambil tersenyum kecil.
Namun sayangnya, mengetahui kebenaran di sebalik kejadian pahit itu bukanlah semudah cerita dalam mimpi.
Hakikatnya, dalang yang menembak jatuh pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu masih menjadi persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini.
Genap dua tahun berlalu, tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan Mariyam sekeluarga yang kini banyak dibantu adik iparnya.
Dia tidak bekerja, hanya membuat beberapa perniagaan secara kecil-kecilan juga menternak ikan keli di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan bagi membantu menampung kehidupan seharian.
Mujur ada adik iparnya yang banyak membantu dalam menguruskan hal sehari-harian dan terutamanya persekolahan anak-anaknya
Sudah dua tahun berlalu, dia kesal kerana segala yang dijanjikan pelbagai pihak untuk ‘menjamin kebajikan’ keluarga mangsa yang terlibat hanya tinggal janji.
Pampasan, insurans, bantuan, bantuan dan biasiswa persekolahan anak-anak serta bermacam lagi masih belum diterimanya.
“Yang diterima setakat ini adalah daripada Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) hari itu, AS$5,000. Selainnya memang tak ada.
“Saya rasa macam kes ini dipandang sepi je, seolah-olah macam tak terjadi.
“Dah dua tahun dah, sampai bila kami harus menunggu, kan?” keluhnya disudahi senyuman, cuba menutup kesedihan dan keperitan yang terpancar dari wajahnya.
Hal berkaitan tindakan undang-undang sudah diserahkan kepada pihak peguam yang mewakili kumpulannya yang terdiri daripada tujuh orang waris mangsa untuk diambil kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Tiada apa yang dituntut selain keadilan dan pembelaan terhadap nasib seluruh 289 penumpang dan anak kapal yang maut dalam tragedi 17 Julai 2014 itu, juga waris dan ahli keluarga mereka.
Sekurang-kurangnya terubat sedikit luka di hati yang ditinggalkan insan tersayang tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal, genap dua tahun lalu.
Israr Khalid
Mon Jul 18 2016
Tiada apa yang dituntut selain keadilan dan pembelaan terhadap nasib seluruh 289 penumpang dan anak kapal yang maut dalam tragedi 17 Julai 2014 itu. - Foto Astro AWANI/ISRAR KHALID
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
MH17: Dua tahun berlalu, rindu masih membuku
Walaupun sudah dua tahun tragedi nahas MH17 berlalu, keluarga mangsa masih merasakan bahawa banyak yang perlu dijawab dan dilakukan.