Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Kirby juga meminta negara lain yang mempunyai kedudukan untuk membantu, bekerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat diadili.
Semalam, Belanda yang mengetuai JIT, membuat kesimpulan dalam laporan interim bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.
Sementara itu, menurut kenyataan dari laman web pasukan Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda, pelancar peluru berpandu Buk dilancarkan dari sebuah ladang berhampiran bandar Pervomaiskyi, yang pada ketika itu, dikawal oleh pejuang pro-Rusia.
"Walaupun tiada apa yang boleh memadamkan kesedihan mereka yang kehilangan insan yang disayangi pada hari tragik itu, pengumuman ini adalah satu lagi langkah ke arah membawa mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu ke muka pengadilan," kata Kirby dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia di sini.
Kirby berkata dapatan itu menyokong kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry selepas tragedi MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara yang dilancarkan dari wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah disokong Rusia, di timur Ukraine.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, dan hanya itu satu-satunya cara.
Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.
Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.
Tahun lepas, Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara di timur Ukraine.
Laporan itu dibentangkan selepas 15 bulan penyiasatan dijalankan dengan Pasukan Penyiasat Bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.
Bagaimanapun, Kedutaan Persekutuan Rusia, di sini hari ini melahirkan rasa kecewa berhubung dapatan itu dan mendakwa siasatan itu berat sebelah dan bermotifkan politik.
Dalam kenyataan ia berkata 'tiada apa-apa perubahan dalam hasil siasatan berhubung pesawat Boeing terhempas' walaupun kesimpulan telah dicapai oleh Pejabat Pendakwa Raya Awam Belanda.
Menurut kenyataan itu, Rusia dari awal lagi mencadangkan agar dapat bekerja bersama-sama dan bergantung kepada fakta, tetapi penyiasat antarabangsa mengetepikan Rusia daripada mengambil bahagian dalam siasatan itu sebaliknya memberi peranan tidak berapa penting atas usahanya itu.
"Ia kedengaran seperti jenaka tetapi sebaliknya mereka memasukkan Ukraine sebagai anggota penuh JIT, membolehkan ia memalsukan bukti dan mengawal perkara itu mengikut kehendak mereka," menurut kenyataan tersebut.
Rusia juga mendakwa para penyiasat terus mengabaikan bukti yang tidak dapat disangkal, walaupun ia pada dasarnya adalah satu-satunya negara yang mempunyai dan menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan terus mendedahkan maklumat baharu.
"Kami berharap sekarang Rusia telah memindahkan bukti yang tidak dapat dipertikaikan kepada JIT seperti imej radar awal, dan mana-mana pakar akan memahami kenapa ia tidak boleh dipersoalkan - keadaan akan berubah dan kesimpulan akhir JIT, tidak sama seperti dapatan awal, akan mencerminkan kebenaran dan menghala kepada pelaku sebenar tragedi ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2016

Amerika Syarikat sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus bekerjasama dengan JIT untuk menyiasat nahas MH17. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid