SHAH ALAM: Satu mesyuarat untuk memperkukuh dan memperkasakan unit terselaras pemantauan berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum) akan dilaksanakan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain minggu hadapan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata mesyuarat berkenaan akan membincangkan bagaimana unit pemantauan itu akan beroperasi selama 24 jam setiap hari.
Fahmi berkata, keperluan menubuhkan unit berkenaan juga berikutan tindakan yang dilakukan oleh sesetengah individu untuk menimbulkan sedikit rasa gusar berikutan penahanan seorang tokoh politik yang telah ditahan polis.
"Sewaktu individu tersebut ditahan pihak berkuasa, saya dimaklumkan sekitar tengah malam hari yang sama telah tersebar dalam aplikasi TikTok gambar beberapa orang lelaki duduk di satu meja bersama peranti berserta gambar individu (tokoh politik yang ditahan) dan di satu sudut meja terdapat senjata kapak serta keris.
"Bagi saya sekalipun gambar ditunjukkan, ini ialah ugutan jenayah dan saya berterima kasih kepada pihak TikTok kerana tanpa diarah serta diminta, mereka telah mengenal pasti kandungan itu dan segera menurunkannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti MADANI Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pada Ahad.
Fahmi dimaklumkan setakat ini, belum ada laporan polis diterima berhubung insiden itu, namun perkara berkenaan boleh dirujuk kepada perhatian Bukit Aman.
Dalam pada itu, Fahmi menegaskan, isu berkaitan 3R tidak boleh disandiwarakan semata-semata untuk kepentingan politik masing-masing kerana telah difahami rakyat Malaysia berpegang utuh kepada prinsip kedua dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
"Kita sebagai rakyat Malaysia yang matang dan bertamadun seharusnya menolak sekeras-kerasnya tindakan mana-mana pihak yang mempersendakan isu 3R. Saya tegaskan sekali lagi, sebarang isu berkaitan 3R hendaklah dihentikan serta-merta," katanya.
Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan satu unit terselaras antara agensi penguat kuasa dan penyedia platform media sosial bagi menangani isu berkaitan 3R melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mengulas sama ada kementerian itu akan membantu vendor serta artis tempatan yang dilaporkan mengalami kerugian berikutan pembatalan penganjuran Festival Good Vibes 2023, Fahmi berkata, MyCreative Ventures Sdn Bhd, iaitu sebuah badan kerajaan akan meneliti situasi berkenaan bagi membantu mereka yang terlibat.
Semalam, Fahmi menerusi catatan di Facebooknya mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga hari ini dibatalkan serta-merta selaras dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
![Mesyuarat perkasa unit pemantauan 3R dengan KPN minggu hadapan - Fahmi Mesyuarat perkasa unit pemantauan 3R dengan KPN minggu hadapan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690109016_TBFahmi.jpg)
Fahmi berkata, mesyuarat berkenaan akan membincangkan bagaimana unit pemantauan itu akan beroperasi selama 24 jam setiap hari. - Gambar fail/Astro AWANI
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303469_TanSriRazaruddin.jpg)
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
![MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720840148_PDRMMCMC.jpg)
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
![KDN FC diminta kekal momentum kemenangan KDN FC diminta kekal momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720605527_TBkelantan.jpg)
KDN FC diminta kekal momentum kemenangan
Michal Jerabek menuntut rakan sepasukannya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
![PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720519997_Shuhaily.jpg)
PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
![Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720502280_SaifuddinNasutionI.jpg)
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.
![Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Pulau Pinang terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan penugasan demi memelihara ketenteraman awam, kata Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad.
![10,000 sertai Community Safety Run PDRM 10,000 sertai Community Safety Run PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720408329_PDRMRun.jpg)
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.