KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, telah disembahkan taklimat terkini mengenai kedudukan ekonomi negara, keselamatan, pertahanan negara serta pelantikan baharu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara hari ini yang dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mempersembahkan taklimat mengenai kedudukan ekonomi negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pula mengenai keselamatan manakala pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
"Perkara mengenai pelantikan-pelantikan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat tersebut, iaitu pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan juga beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut berangkat pada mesyuarat itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.
Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin manakala Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.
Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri, sementara Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara hari ini. - Gambar/ Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja disembahkan taklimat ekonomi, keselamatan, pertahanan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, telah disembahkan taklimat terkini mengenai kedudukan ekonomi negara, keselamatan, pertahanan negara.

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Raja-Raja ke-259
Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.