KUALA LUMPUR: Kesemua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung di Dewan Rakyat mulai esok (Isnin) hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Beliau berkata cadangan untuk melaksanakan sidang khas Dewan Rakyat secara hibrid ditangguhkan dan soal pelaksanaannya juga tidak akan dibincangkan pada mesyuarat khas itu.
Justeru katanya, tiada had jumlah Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat ditetapkan, malah semua wakil rakyat termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan untuk hadir.
"Soal melaksanakan sidang parlimen hibrid tidak akan dibincangkan dalam sidang khas dan kita tangguh sekejap cadangan itu untuk diperhalusi dengan lebih lanjut mengenai keperluan undang-undang dan sebagainya. Itulah statusnya sekarang.
"Cadangan parlimen hibrid itu adalah untuk kemudahan bagi membolehkan sesiapa yang mungkin tak dapat datang (persidangan Dewan Rakyat) atau tidak boleh hadir, disebabkan COVID-19.
"Kita berpendapat cadangan pelaksanaan parlimen hibrid ini akan menjadikan lebih selamat untuk semua orang," katanya dalam sidang media secara maya baru-baru ini, bagi memperincikan persiapan menjelang mesyuarat khas itu.
Azhar berkata ketika ini hampir semua Ahli Parlimen telah divaksin, dengan maklumat terkini menunjukkan 205 daripada Ahli Parlimen telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, 12 Ahli Parlimen menerima satu dos, dan tiga lagi belum divaksin.
Dewan Rakyat mengandungi 222 kerusi parlimen, namun ketika ini ia hanya mempunyai 220 Anggota Parlimen selepas dua daripada Ahli Parlimen meninggal dunia.
Mengenai agenda perbincangan persidangan khas Dewan Rakyat itu, Azhar berkata usul lain selain daripada perkara yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam aturan mesyuarat, tidak akan dibincangkan.
Jelas beliau, berbeza dengan persidangan yang biasa mesyuarat khas Dewan Rakyat dibuat berdasarkan Peraturan 11(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyurat Dewan Rakyat yang membolehkan perdana menteri mengadakan sidang khas dengan urusan mesyuarat itu ditetapkan oleh perdana menteri sendiri.
"...hanya perdana menteri yang boleh menetapkan perkara yang berlangsung dalam sidang khas ini. Jadi tiada siapa yang boleh katakan apa yang perlu dibincangkan dalam sidang khas ini, selain perdana menteri.
"Ahli Parlimen yang telah menghantar usul untuk sidang khas ini, saya akan maklumkan pada mereka. Usul mereka itu tidak boleh dibawa kehadapan, ke sidang akan datang, dan perlu hantar pemberitahuan (usul) yang baharu," katanya.
Peraturan 11(3) memperuntukkan, pada masa Majlis dalam tangguhan jika perdana menteri memaklumkan kepada Yang Dipertua iaitu bagi faedah orang ramai, mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan, maka Yang Dipertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh perdana menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli, tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan semua proklamasi darurat serta ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas mengenai dakwaan tiada sesi soal jawab atau perbahasan pada sidang khas itu, Azhar menyifatkan dakwaan itu hanyalah 'misconception' (salah faham) kerana menurutnya ada ruang untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan serta pendapat selepas selesai sesi penerangan oleh menteri terlibat.
"Dalam notis saya kepada semua Ahli Parlimen saya telah nyatakan dengan terang dan jelas, bahawa saya akan membenarkan soalan, membenarkan cadangan, semua perbincangan dan segalanya. Saya tidak tahu dari mana datangnya persepsi yang menganggap saya tidak akan benarkan sebarang perbahasan," katanya.
Berhubung cadangan memanggil Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ke sidang khas bagi menjawab soalan mengenai ordinan yang diwartakan sepanjang tempoh penguatkuasaan Proklamasi Darurat, Azhar berkata pertamanya, dalam kerangka perundangan dan Perlembagaan Persekutuan tidak dinyatakan mengenai perkara itu.
"Kedua, terpulang peguam negara nak datang atau tak, itu kalau dibenarkan kerana dalam kerangka Perlembangaan Persekutuan sekarang tidak dinyatakan sama ada boleh hadir.
"Di Malaysia peguam negara bukan lantikan politik, maka dia tidak perlu menjawab kepada Parlimen. Kalau di UK, peguam negara adalah lantikan politik dan dia menjawab kepada parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021
![Mesyuarat Khas Parlimen: Tiada sidang hibrid, semua Ahli Parlimen boleh hadir - Azhar Mesyuarat Khas Parlimen: Tiada sidang hibrid, semua Ahli Parlimen boleh hadir - Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627214366_TBAzharAzizanHarun.jpg)
Azhar berkata, tiada had jumlah Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat ditetapkan. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733114932_LimHuiYing.jpg)
Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying
Kerajaan berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel dengan perolehan itu akan disalurkan semula kepada rakyat.
!['RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang' 'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710826510_tbTeoNieChing.jpg)
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698828994_TBArmizanMohdAli.jpg)
MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan
NADMA turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM741,780 kepada JKM termasuk bagi tujuan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana.
![Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700630590_TBMustaphaSakmud.jpg)
Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM
Perkara itu termaktud dalam peruntukan Seksyen 41 (A), Akta Kerja 1955, dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan.
![Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700110586_RafiziRamli.jpg)
Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi
Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus
![Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700533328_TBDATUKSERIDRISM.jpg)
Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.
![Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697690564_HanifahHajarTaib.jpg)
Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah
Keberkesanan program pembasmian kemiskinan ini juga boleh dilihat dari aspek penurunan dalam kadar pengangguran nasional.
![Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687066092_AdlyZahari.jpg)
Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF
Sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
![Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696826776_Agong.jpg)
Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15.
![25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen 25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660051630_TBWANJUNAIDI.jpg)
25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen
Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan.