KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri Pembaharuan Struktur (SRMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2021 yang ketiga akan memberi tumpuan kepada memperkenalkan dasar ekonomi makro dan mikro yang menyokong pembaharuan struktur bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pemulihan daripada kejutan ekonomi.
SRMM mengemukakan usaha yang akan dibuat APEC pada masa hadapan dengan ekonomi APEC bersetuju untuk memperbaharui agenda pembaharuan struktur kerjasama itu melalui Agenda APEC Dipertingkatkan bagi Pembaharuan Struktur (EAASR), yang akan menerajui kerja-kerja APEC untuk tempoh lima tahun akan datang.
"EAASR menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, mampan dan inklusif pada masa hadapan," menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan.
Mesyuarat maya itu telah diadakan semalam dan melibatkan 21 ekonomi APEC.
Ia dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna New Zealand Dr David Clark.
Wakil Malaysia ke mesyuarat itu telah menekankan keperluan untuk respons yang lebih pantas bagi menangani impak COVID-19.
"Kami berkongsi pandangan dan pengalaman kami ke arah membina semula pemulihan ekonomi Malaysia.
"Malaysia telah memperkenalkan tujuh pakej rangsangan dan bantuan yang bernilai US$92.3 bilion, dan pada masa yang sama membantu membentuk masa depan, melalui pelbagai inisiatif yang terdiri daripada insentif mobiliti bakat kepada kempen e-dagang dan pembayaran digital," tambah MITI.
Kerajaan Malaysia juga menyeru ke arah penggunaan teknologi yang lebih agresif dan memberi isyarat kepentingan peranannya dalam tindak balas krisis.
Semasa mesyuarat tersebut, Malaysia turut mengetengahkan inisiatif MyDIGITAL, yang memastikan manfaat yang didatangkan dengan teknologi digital mampu mencapai setiap segmen masyarakat Malaysia, seterusnya mengurangkan jurang digital luar bandar, yang merupakan antara keutamaan pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
EAASR menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, mampan dan inklusif pada masa hadapan. -Facebook/APECnews
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.
Malaysia, Palestin akan meterai MoU tingkat kerjasama perdagangan dan pelaburan - MITI
Malaysia dan Palestin akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam beberapa sektor.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.
Malaysia jangka pertumbuhan perdagangan dengan India meningkat
PM beri tempoh tiga bulan kepada MITI untuk kemuka rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan cukai karbon sebagai dorongan kepada syarikat tempatan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
MITI sasar tarik RM300 bilion pelaburan hijau menjelang 2030 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.
Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi RM1.65 trilion bagi Jan-Julai 2024
Perdagangan Malaysia bagi tempoh Jauari hingga Julai 2024 meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun berjumlah RM1.652 trilion, nilai tertinggi dicatatkan untuk tempoh itu.
MITI mula siasat duti antilambakan import gulungan rata besi disadur timah
MITI menjelaskan tindakan itu diputuskan selepas menerima petisyen daripada pengeluar tempatan, Perusahaan Sadur Timah Malaysia (Perstima) Bhd.
Rantaian bekalan industri diteguhkan untuk elak gangguan - Tengku Zafrul
MITI akan mewujudkan langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.