KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah mengarahkan Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak bercakap banyak dengan firma audit KPMG Malaysia sebagai strategi sebelum mesyuarat bersama firma audit itu diadakan.
Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi Tahir, 48, ketika mendedahkan perkara itu berkata, Jho Low berbuat sedemikian dalam e-mel bertajuk "Urgent: Briefing Package for YAB PM" yang dihantarnya kepada bekas perdana menteri itu dan wakil-wakil 1MDB termasuk dirinya sebelum mesyuarat bertarikh 15 Dis 2013 diadakan di kediaman Najib.
"Dalam e-mel berkenaan, bagi strategi untuk bermesyuarat dengan KPMG, Jho Low mengarahkan Najib agar tidak bercakap banyak dengan KPMG, dan mesti mengungkapkan bahawa Najib telah diterangkan dan mengetahui segala pelaburan dan transaksi di 1MDB dan yakin dengan dokumen yang ada. Jho Low juga mengarahkan agar Najib menyatakan keyakinan beliau terhadap BSI Bank berdasarkan fakta yang diberikan.
"Mesyuarat itu dibuat kerana pihak KPMG hendak mendengar sendiri pengetahuan Najib berkenaan pelaburan 1MDB sebanyak US$2.3 bilion di luar negara khususnya pelaburan oleh Brazen Sky Limited," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi setebal 127 muka surat pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Brazen Sky Limited merupakan syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 bagi tujuan mendapatkan balik dana pelaburan milik 1MDB.
Ketika menjelaskan mengenai mesyuarat yang diadakan di rumah Najib pada malam 15 Dis 2013, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata beliau mendapati Najib juga menerima e-mel yang sama daripada Jho Low dan perkara yang digariskan oleh Jho Low dalam e-mel tersebut telah dibincangkan oleh Najib dengan Datuk Johan Idris iaitu wakil KPMG.
Azmi berkata terdapat juga wakil lain daripada KPMG yang ingin menghadiri perjumpaan tersebut namun Najib tidak membenarkan mereka masuk ke rumahnya.
Katanya, dalam mesyuarat berkenaan, Johan telah bertanyakan kepada Najib berkenaan pelaburan di Bridge Global Absolute Return Fund SPC dan Najib menjawab bahawa beliau tahu berkenaan pelaburan Brazen Sky Limited di Bridge Global Absolute Return Fund SPC.
"Dalam mesyuarat ini juga, Najib bertanya kenapa KPMG tetap menimbulkan isu syak wasangka berkenaan aset pendasar pelaburan tersebut sedangkan BSI Bank sendiri sudah menunjukkan penyata pelaburan berkenaan. Najib juga memberitahu KPMG untuk menutup akaun 1MDB sebelum 31 Dis 2013.
"Selepas mesyuarat berkenaan, KPMG masih tidak menutup laporan kewangan tahun 2013 kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan," kata Azmi sambil menambah bahawa tidak lama kemudian, KPMG digantikan dengan firma audit Deloitte selepas KPMG ditamatkan kontraknya oleh 1MDB pada akhir tahun 2013.
Tambah Azmi walaupun beliau merupakan CFO dalam 1MDB, iaitu audit di bawah bidang kuasanya, namun Jho Low yang telah mengaturkan segala dokumentasi dan tajuk perbincangan kepada Najib untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh KPMG.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Saksi mendakwa, dalam satu e-mel berkaitan strategi untuk bermesyuarat dengan KPMG, Jho Low mengarahkan Najib agar tidak bercakap banyak dengan KPMG. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.