KUALA LUMPUR: Cadangan agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Kuantan dari Perikatan Nasional (PN), Wan Razali Wan Nor berkata, pencarum memerlukan wang untuk kegunaan ketika ini bagi perbelanjaan sesi persekolahan berbanding penyaluran RM500 ke dalam Akaun 1.
"Mengenai pengeluaran KWSP, rakyat menghargai RM500 yang diperuntukkan untuk mereka. Namun, untuk makluman sebenarnya mereka nak guna sekarang... bayar yuran persekolahan anak, nak beli buku pelajaran.
"Kita telah dengar banyak pengiraan dibuat oleh Ahli Parlimen tentang bagaimana simpanan mereka akan meningkat semula nanti. Mereka hanya nak keluarkan duit mereka sahaja.
"Saya harap pihak kerajaan mencari jalan untuk meluluskan pengeluaran bersasar kepada mereka yang layak," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Membangkitkan cadangan sama, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berkata kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara 'case-by-case' (mengikut kes), khususnya kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.
"Kerajaan boleh menetapkan apa sahaja syarat kepada individu yang layak ini boleh mengeluarkan (KWSP) memandangkan kerajaan mempunyai maklumat mengenai individu yang mencarum.
"Kita akui KWSP adalah simpanan hari tua, namun Kuala Pilah khuatir mereka tidak sempat tua untuk nikmati simpanan ini," ujarnya.
Pada 24 Februari lalu, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 06 2023
!['Mereka nak guna sekarang' - Ahli Parlimen terus gesa kerajaan timbang pengeluaran KWSP 'Mereka nak guna sekarang' - Ahli Parlimen terus gesa kerajaan timbang pengeluaran KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678082392_KWSPDewanRakyat.jpg)
Wan Razali (kanan) dan Adnan memohon agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP bagi mereka yang layak. -Video Parlimen
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Akaun Fleksibel untuk pengeluaran kecemasan KWSP dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan Akaun Fleksibel untuk pengeluaran kecemasan KWSP dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698042267_AhmadMaslan.jpg)
Akaun Fleksibel untuk pengeluaran kecemasan KWSP dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Ahmad berkata kerajaan akan membuat pengumuman lanjut berhubung mekanisme pelaksanaan Akaun Fleksibel termasuk melibatkan peratusan simpanan.
![Pengeluaran KWSP bersasar dijawab di Dewan Negara Isnin ini - Ahmad Maslan Pengeluaran KWSP bersasar dijawab di Dewan Negara Isnin ini - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680158359_AhmadMaslan.jpg)
Pengeluaran KWSP bersasar dijawab di Dewan Negara Isnin ini - Ahmad Maslan
Usul pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dijadual dibahaskan di Dewan Negara pada Isnin ini.
!['Mereka nak guna sekarang' - Ahli Parlimen terus gesa kerajaan timbang pengeluaran KWSP 'Mereka nak guna sekarang' - Ahli Parlimen terus gesa kerajaan timbang pengeluaran KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678082392_KWSPDewanRakyat.jpg)
'Mereka nak guna sekarang' - Ahli Parlimen terus gesa kerajaan timbang pengeluaran KWSP
Kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara 'case-by-case' (mengikut kes) khususnya kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.
![Pengeluaran KWSP: 'Ada yang hanya berbelanja 68 sen sehari selepas bersara' Pengeluaran KWSP: 'Ada yang hanya berbelanja 68 sen sehari selepas bersara'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673415920_AmirudinShari.jpg)
Pengeluaran KWSP: 'Ada yang hanya berbelanja 68 sen sehari selepas bersara'
Menteri Besar Selangor itu berkata, terdapat pencarum KWSP yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara susulan pengeluaran simpanan mereka sejak 2020.
!['Ada yang terpaksa jual harta' - MP pembangkang gesa kerajaan benar pengeluaran KWSP bersasar 'Ada yang terpaksa jual harta' - MP pembangkang gesa kerajaan benar pengeluaran KWSP bersasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671520576_ShahidanKassim.jpg)
'Ada yang terpaksa jual harta' - MP pembangkang gesa kerajaan benar pengeluaran KWSP bersasar
Satu usul tergempar dikemukakan oleh ahli Parlimen pembangkang meminta agar Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.