KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan harga serendah RM5 dapat membantu setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan pendapatan mahupun taraf kehidupan rakyat.
Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata usaha diperkenalkan di bawah Payung Rahmah itu dapat meringankan beban dan amat bermakna kepada mereka yang memerlukan.
"Menu Rahmah itu adalah satu hidangan premium, takkanlah saya sebagai menteri dan kementerian dalam sesi perbincangan, rela untuk menerima mana-mana peniaga membuat satu menu kelas terendah yang mungkin kuah cair atau nasi daripada beras tak berkualiti dan ikan atau ayam tak berkualiti.
"Kita juga tak namakan itu menu B40, semua orang boleh menikmati hidangan itu kerana kita ingin menjaga juga air muka dan maruah B40. Ini adalah hidangan untuk semua...Rahmah for all, Rahmah untuk semua," katanya.
Beliau berkata inisiatif itu mendapat sambutan baik daripada rakyat dan peniaga termasuk rangkaian makanan segera serta gerai-gerai di hentian Rehat dan Rawat (RnR) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Sementara itu Salahuddin berkata pihak kementerian perlu menjalin kerjasama rentas kementerian bagi menyelesaikan isu kos sara hidup.
"Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bertanggungjawab dalam kos sara hidup, kami sedang berusaha keras," katanya.
Katanya selain KPDN 14, kementerian lain turut terlibat dalam sesi penggulungan hari ini, antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Tinggi.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Salahuddin Ayub ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.

Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.

Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.

43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.

Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.

Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.