PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan Putera Faisal bin Farhan sempena lawatan rasmi dua hari Menteri Luar Arab Saudi itu ke Malaysia bermula 7 hingga 8 Jun.
Menurut kenyataan Kementerian Luar semalam, semasa lawatan itu, Putera Faisal akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Putera Faisal juga dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Saifuddin dan Putera Faisal akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi merangka hala tuju hubungan Malaysia-Arab Saudi yang sudah sedia kukuh.
Kedua-dua Menteri Luar itu juga akan turut bertukar-tukar pandangan berkenaan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Putera Faisal turut dijadual mengadakan pertemuan secara berasingan bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malaysia dan Arab Saudi telah lama menjadi rakan kongsi dan kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang dalam pelbagai bidang, termasuk dalam tindak balas COVID-19 dan pemulihan pasca pandemik.
Arab Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia dan sumber import terbesar dalam kalangan negara Asia Barat. Jumlah dagangan Malaysia-Arab Saudi pada 2021 bernilai RM17.56 bilion (USD4.23 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
Putera Faisal akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri. - Gambar fail AP
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin
Serangan pada Sabtu mengorbankan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan individu lain.
Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian
Perkhidmatan kereta api penumpang merentasi sempadan Thailand-Laos memulakan operasi percubaannya pada Jumaat.
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi
Majalah Forbes baru-baru ini telah menerbitkan satu artikel yang sangat menarik tentang Malaysia yang sewajarnya perlu diberi perhatian oleh akhbar tempatan dan juga antarabangsa.
Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan
Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.