KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Jelas kenyataan itu, Fadillah telah menjalani rutin ujian saringan jam 10.15 pagi Khamis sebelum disahkan dijangkiti wabak itu.
“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.
“Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” jelas kenyataan itu.
Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah susulan tiada sebarang gejala yang ditunjukkan, seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sepanjang tempoh kuarantin, Datuk Seri Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar,” jelas kenyataan itu lagi.
Fareez Azman
Fri Jun 11 2021
Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Jelajah AKM, isu cerun ketika monsun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai perkara itu akan diajukan Ahli Parlimen Rasah kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
20 seksyen Lebuhraya Pan Borneo fasa satu siap penghujung 2022
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusuf bagaimanapun berkata, lima lagi seksyen selebihnya dijangka siap pada April, suku pertama tahun 2023.
Fadillah sah bertanding PRU15, pertahan kerusi Petra Jaya
Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 2004.
Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai
Kerja-kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan itu hujung tahun lepas hampir selesai.
Malaysia berhasrat percepat MoU bekalan pekerja asing dengan Indonesia bagi sektor pembinaan - Fadillah
Hal tersebut telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada mesyuarat Kabinet semalam.
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara ambil masa lebih tiga tahun - Fadillah
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) bernilai RM284 juta yang terletak di kawasan perindustrian Enstek, Negeri Sembilan, mengambil masa tiga tahun sembilan bulan.
Sektor pembinaan hadapi kekurangan serius pekerja 3D - Fadillah
Sektor pembinaan di negara ini menghadapi kekurangan pekerja 3D (kotor, bahaya dan sukar) yang serius hingga menyebabkan beberapa projek besar tergendala.
Pelantikan ini satu amanah dan tanggungjawab besar - Fadillah Yusof
Pelantikan semua ahli parlimen dalam kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar demi rakyat dan negara.
Fadillah pegang jawatan sama dalam pembentukan tiga kerajaan terakhir
Fadillah menyandang jawatan itu semasa BN tadbir negara, Perikatan Nasional dan kini di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis.