KUALA LUMPUR: Beberapa menteri Kabinet hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan keluarga atas pemergian ibu beliau, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dalam Facebooknya berkata pemergian Siti Zalikhah yang merupakan balu Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah kehilangan besar kepada negara memandangkan beliau seorang pendidik bangsa dan aktivis masyarakat yang sangat disegani.
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada YB Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Turut berkongsi kesedihan atas pemergian ibu Fadhlina di Facebook ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut sama mengucapkan takziah kepada Fadhlina dan berharap beliau kekal tabah dan bersabar menghadapi ujian.
"Pilu hati apabila menerima perkhabaran duka pemergian Ustazah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
"Salam takziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga YB Fadhlina di atas kehilangan bonda yang tercinta. Semoga kekal tabah dan bersabar dengan ujian ini," kata Dzulkefly dalam hantaran di laman Facebook.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu turut berkongsi kesedihan atas pemergian ibu Fadhlina menerusi hantaran di Facebook.
"Salam takziah saya ucapkan kepada YBM Fadhlina dan keluarga di atas pemergian ibu tercinta pada hari mulia, hari Arafah ini. Saya turut berdukacita dan mendoakan semoga roh Almarhumah ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan solihin," katanya.
Siti Zalikhah meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi dan disahkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Beberapa menteri Kabinet hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan keluarga atas pemergian ibu beliau, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi. -X Fadhlina Sidek

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.