HANYA berbaki kurang sebulan menjelang Setahun Malaysia Baharu.
Sudah tentu rakyat ingin mengetahui pencapaian Kerajaan baharu sejak mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lalu.
Pada Isnin, Kementerian Wilayah Persekutuan tampil menyenaraikan sepuluh kejayaan dan perancangan dalam membangunkan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
TUBUH MAJLIS MENTERI
Penubuhan Majlis Menteri antara perkara yang dilakukan seiring dengan demokrasi Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Seramai 11 Ahli Parlimen diberi tempat di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan bermesyuarat dua bulan sekali atau mengikut keperluan.
Ia memberi ruang kepada wakil rakyat untuk memberi cadangan dan pandangan berkaitan sesuatu pembangunan di bandaraya itu.
"Di dalam mesyuarat itu, kita akan bincang tentang polisi dan dasar hala tuju DBKL. Ini tujuan ada wakil rakyat di dalam DBKL. Kalau tidak, selama ini memang tidak ada. Sekarang, kuasa menteri juga diperhatikan dengan kuasa wakil rakyat," jelas Khalid.
MEWARTAKAN PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR
Kementerian turut mewartakan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 (PlanKL 2020) dalam mengawal pembangunan di bandaraya itu.
Ujar Khalid, ia merupakan tindakan berani beliau untuk memastikan sebarang pembangunan di wilayah itu mengikut piawaian yang ditetapkan.
Jika sebelum ini, sesuatu Pelan Pembangunan hanya diwartakan selepas kerja-kerja selesai dijalankan.
Namun ianya berlainan dalam pengurusan kali ini, demi mementingkan pembangunan yang terkawal tindakan itu diambil selari Pelan Struktur KL 2020 yang digazetkan.
MENGKAJI SEMULA 97 TRANSAKSI TANAH DI KUALA LUMPUR
Kementerian turut mengkaji 97 transaksi penjualan tanah di ibu negara.
Daripada jumlah itu, 14 transaksi dibatalkan melibatkan tanah seluas 53.98 ekar dengan nilai tanah RM470 bilion dan nilai transaksi RM310 bilion.
Lagi 15 transaksi dirunding semula dengan keluasan tanah 179.94 ekar.
Manakala lima lagi transaksi diteruskan rundingan luar mahkamah dimana 96.46 ekar tanah dijual dengan pulangan berupa infrastruktur bernilai RM58 juta.
Sementara itu, 43 transaksi diteruskan, 20 transaksi sedang disiasat masing-masing melibatkan tanah seluas 185.87 dan 158.05 ekar.
Bagi tindakan itu, Kementerian berjaya mendapatkan semula pulangan sebanyak RM481 juta.
PELAN PEMBANGUNAN KL 2020-2040
Kementerian turut menetapkan kepadatan seribu penduduk di bawah satu ekar tanah.
Itu piawaian baharu dalam mengawal kepadatan penduduk di bandaraya itu yang menjadi punca kesesakan di sesuatu kawasan.
Menurut Khalid, selain kepadatan, Plot Ratio pembangunan juga dikurangkan kepada 10 berbanding sebelum ini.
LANTIK KONSULTAN KAJI KESESAKAN TRAFIK
Di Kuala Lumpur, kesesakan trafik menjadi masalah utama penduduk yang menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya untuk ke sesuatu tempat.
Menyedari masalah itu, Kementerian akan melantik satu konsultan dalam mengkaji secara terperinci berkaitan kesesakan trafik.
Malah dijangka tahap kesesakan jalan raya dapat ditingkatkan kepada Kelas C berbanding D dan F ketika ini iaitu tahap teruk.
"Pada masa sama, perancangan untuk jalan-jalan baharu dan jejantas sedang dijalankan, dan ada yang telah dibuka. Contoh seperti di Setiawangsa dimana jalan penghubung telah dibuka dan boleh diakses dari Lebuhraya DUKE," jelas Khalid.
"Ia sekaligus mengurangkan kesesakan trafik di Wangsa Maju dan Setiawangsa. Kita akan lantik konsultan buat kajian bagaimana hendak atasi masalah kesesakan lalu lintas ini. Kita letak sasaran jalan-jalan utama ialah Kelas C, dia akan cadangkan kaedah penambahan infrastruktur menyelesaikan isu ini," tambahnya.
AMBIL ALIH PROGRAM GO KL BANTU WARGA KOTA
Bagi memastikan kesesakan trafik dikurangkan, penggunaan perkhidmatan kemudahan awam perlu juga diperbanyakkan.
Kementerian turut membuka dua laluan baharu selepas mengambil alih Program GO KL berjumlah RM20 juta.
Perkhidmatan itu memberi "batu pertama" bas percuma kepada warga kota sekaligus mengurangkan beban mereka.
ISU PEMBANGUNAN TAMAN RIMBA KIARA
Dalam merealisasikan pembangunan Kuala Lumpur yang mampan, sudah tentu terdapat cabaran dan kekangan yang terpaksa dihadapi pihak kementerian.
Isu Taman Rimba Kiara antara yang bakal diselesaikan, dimana sehingga kini rundingan bersama pemaju berjaya mengurangkan kawasan pembangunan daripada 12 kepada lapan ekar.
Projek pembangunan itu mendapat bantahan penduduk Taman Tun Dr Ismail yang mendakwa ianya bakal menghapuskan kawasan hijau terakhir di kawasan itu.
Bagaimanapun, jelas Khalid, pihaknya akan terus mengadakan rundingan bersama penduduk sehingga isu berkenaan selesai.
Antara pembangunan yang akan diteruskan, empat blok kondominium berbanding lapan blok sebelum ini serta satu blok rumah mampu milik yang akan diserahkan kepada 100 penduduk rumah panjang.
PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Isu pembangunan Kampung Baru juga antara yang akan diselesaikan dalam tahun ini.
Ujar Khalid, kementeriannya sedang meneliti kaedah pembelian 250 ekar keseluruhan Kampung Baru untuk dibangunkan sebagai kawasan bandar Melayu dan Bumiputera yang lebih moden.
Ia bakal melibatkan kerjasama di antara kementerian dan pihak pemaju yang akan dilantik.
Pembangunan itu dijangka menelan kos antara RM6 bilion hingga RM10 bilion.
PERKHIDMATAN FERI TERUS DI LABUAN DINAIK TARAF
Selain Kuala Lumpur, Labuan turut mendapat manfaat inisiatif sama.
Bagi memastikan pelancongan domestik terus dirancakkan, Kementerian akan membangunkan perkhidmatan feri terus dari Kota Kinabalu ke Labuan dalam usaha menjadikan pulau itu sebagai hab industri halal.
Ia juga dijangka mengurangkan tempoh masa perjalanan ke pulau itu.
"Pihak Labuan pun telah dapat program-program yang telah terlaksana, soal kebersihan pantai yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kita naik taraf Perbadanan Labuan sehingga kita mendapat tempat ketiga medan selera bersih, selamat dan sihat," kata Khalid.
"Dalam masa sama kita sedang berusaha hidupkan kembali hab industri halal dan naik taraf perkhidmatan feri dimana kita sudah dapat tawaran untuk adakan perkhidmatan feri daripada Kota Kinabalu ke Labuan secara terus menggunakan Katamaran yang akan mengambil masa lebih kurang dua jam berbanding tiga jam 30 minit kalau mereka gunakan kaedah yang sedia ada."
MASALAH PENANGKAPAN IKAN BILIS DI BAGANG, LABUAN DISELESAIKAN
Pihak Kementerian juga telah menyelesaikan masalah penangkapan ikan bilis di Bagang.
Menurut Khalid, pihaknya telah berjaya mengeluarkan 10 lesen kepada Komuniti Tempatan sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan lumayan.
Ia selepas rundingan diadakan di antara Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia bagi memastikan kesinambungan industri itu berterusan.
Fareez Azman
Mon Apr 22 2019
Khalid membentangkan pencapaian kementeriannya menjelang Setahun Malaysia Baharu pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Agong titah kerajaan, semua pihak berganding bahu kembalikan negara ke persada kejayaan
Al-Sultan Abdullah juga bertitah, seluruh rakyat berperanan dalam mendukung usaha-usaha murni kerajaan di samping terus berusaha untuk mendepani sebarang cabaran.
Kerajaan Melaka serah insentif RM53,000 kepada Aaron Chia
Pemberian imbuhan itu diharap dapat menaikkan semangat semua atlet kelahiran Melaka untuk meraih kecemerlangan di peringkat sukan antarabangsa.
Atlet negara tunjuk semangat luar biasa buru kejayaan di Tokyo - Reezal Merican
Kesemua 30 atlet negara yang bakal mengharung cabaran di Sukan Olimpik Tokyo bermula bulan ini menunjukkan semangat luar biasa untuk melakar kejayaan di temasya sukan berprestij itu.
Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.
Petronas temui minyak di Jawa Timur, Indonesia
PC North Madura II adalah pengendali dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC North Madura II.
'Tanpa PKPB, 4 juta rakyat akan dijangkiti COVID-19' - Dr Noor Hisham
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Hanya dengan tiru orang, Aizzul berjaya raih pendapatan lima angka
Baginya, untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah tiru setiap tindakan orang yang berjaya dan bukan hanya mendengar kata-kata mereka.
Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
Menggilap belia untuk kemajuan negara
Perdana Menteri berkata program berkenaan termasuk yang memerlukan mereka mengambil bahagian secara langsung atau khusus yang bertujuan untuk memperkasakan mereka.