Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan belia memainkan peranan penting dalam semua aspek program dan inisiatif baharu kerajaan untuk memajukan negara.
Perdana Menteri berkata program berkenaan termasuk yang memerlukan mereka mengambil bahagian secara langsung atau khusus yang bertujuan untuk memperkasakan mereka.
"Harapan saya, melalui semua ini, kita akan dapat memanfaatkan semua nilai positif belia - idealisme, semangat, komitmen dan dedikasi dan sebagainya.
"Namun bagi menyemai nilai-nilai ini, mereka perlu digalakkan dan diberi laluan terbaik untuk pendidikan berkualiti dalam kalangan mereka," kata beliau semasa berucap pada majlis makan malam sambutan ulang tahun keempat MyPerintis, di sini malam tadi.
Hadir sama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, pengasas MyPerintis Datuk Lawrence Low.
Dr Mahathir, yang juga penaung MyPerintis berkata adalah menjadi harapan kerajaan, generasi muda akan sentiasa dapat menghadapi cabaran, berani meneroka potensi mereka sepenuhnya, memberi impak serta menyokong perubahan yang bermakna dan progresif.
"Oleh itu, adalah menjadi harapan saya untuk melihat lebih banyak program yang memberi penekanan terhadap pendidikan, kebolehpasaran, keusahawanan, seni dan budaya serta kesukarelawan," katanya.
BACA: Kaji balik laporan PBB mengenai kadar kemiskinan di Malaysia - Tun Mahathir
Mengambil contoh buku 'Trailblazing Change: The Rise of Malaysian Future Shifter' yang ditulis oleh Low yang dilancarkan sejurus selepas ucapannya, Dr Mahathir berharap buku itu akan memberi inspirasi kepada orang lain agar dapat terus membentuk masa depan mereka secara positif walaupun melalui jatuh bangun sepanjang kehidupan mereka.
Perdana Menteri berumur 94 tahun itu berkata pada usianya, beliau telah melihat banyak kejayaan dan kegagalan dengan ada yang cemerlang dan mencatat kejayaan demi kejayaan tetapi ramai juga yang gagal dan kecundang.
Bagaimanapun, beliau berkata orang-orang yang mampu bangkit, bersungguh-sungguh dan mengatur semula hala tuju mereka yang paling memberi inspirasi.
"Saya tidak mengatakan bahawa anda mesti gagal dahulu untuk mencari kejayaan. Apa yang penting adalah apabila menghadapi kegagalan anda tidak boleh menyerah kalah dan menjadikannya peluang untuk mempelajari suatu yang baharu dalam hidup.
"Apabila anda berjaya, jangan berpuas hati dengan kejayaan dan percaya bahawa ia akan kekal selama-lamanya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019

Dr Mahathir melihat dron yang dipamerkan sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-4 MyPerintis, 23 Ogos, 2019. Turut kelihatan, Low (kanan). --fotoBERNAMA

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.