KUALA LUMPUR: Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC North Madura II Ltd, menemui minyak di telaga eksplorasi Hidayah-1 yang terletak dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) North Madura II di luar pantai Jawa Timur, Indonesia.
PC North Madura II adalah pengendali dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC North Madura II.
Menurut Petronas, telaga eksplorasi Hidayah-1 membuat penggerudian awal pada 7 Jan, 2021 dan digerudi dengan selamat sehingga kedalaman 2,739 meter.
"Telaga itu menemui pengumpulan karbonat mengandungi minyak dengan kualiti takungan yang baik di formasi karbonat Ngimbang dan diuji pada anggaran 2,100 tong sehari (BOPD) dengan kualiti minyak mentah yang baik.
"Keputusan dari telaga eksplorasi Hidayah-1 akan dinilai seterusnya bagi menentukan potensinya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden Eksplorasi Huluan Petronas Emeliana Rice-Oxley berkata penemuan itu merupakan satu kejayaan penting bagi PSC North Madura II PSC kerana ia membuktikan potensi pengumpulan karbonat di kawasan tersebut.
"Ini merupakan satu perkembangan baik dan bukti potensi eksplorasi yang luas di Indonesia. Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama kami dengan kerajaan bagi menyediakan bekalan tenaga yang bersih, selamat dan terjamin kepada Indonesia," katanya.
Sementara itu, Presiden PC North Madura II Mohd Nazlee Rasol berkata penemuan itu merupakan bukti komitmen Petronas untuk terus mengembangkan perniagaan huluannya di negara tersebut.
"Kami berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh SKK Migas dan kerajaan tempatan Kabupaten Sampang dalam menjayakan penggerudian telaga eksplorasi Hidayah-1," katanya.
Petronas juga merupakan pengendali lapangan minyak dan gas Bukit Tua di luar pantai Jawa Timur dan rakan usaha sama dalam enam PSC lain yang terletak di luar pantai dan daratan Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur serta Kalimantan.
Terdahulu, hari ini, Petronas mengumumkan penemuan gas daripada telaga eksplorasi Dokong-1 di Block SK417 PSC, terletak di laut cetek Wilayah Baram Province, kira-kira 90 kilometer daripada perairan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021
Terdahulu, hari ini, Petronas mengumumkan penemuan gas daripada telaga eksplorasi Dokong-1 di Block SK417 PSC, terletak di laut cetek Wilayah Baram Province, kira-kira 90 kilometer daripada perairan Sarawak.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.